Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Tempahan Kek Lapis Sarawak untuk Raya Aidilfitri dibuka!


Assalamualaikum,

Bulan Rejab dah tiba. Lepas tu Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Di samping kita membuat ibadah kepada-Nya, cik abby nak promote kek lapis sarawak dari DNZ Homemade Recipe. Dah ada kuih raya? Asyik kuih raya jek, meh tahun ni kita tuko hidang kek lapis pulak. Tempahan untuk raya akan dibuka pada bulan Jun 2013 ini. In fact, sebenarnya dah boleh start order dah sekarang. Booking awal lagi bagus.

Yang paling best, ada hadiah misteri bagi pembelian 5 kek dan 10 kek ke atas. Ini adalah suatu penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi support dan courage untuk membawa industri halal negara ke taraf yang lebih tinggi. Amboi!

Tak tau nak order apa? Meh belek-belek senarai kek kat bawah ni. Harga serendah RM13 hingga RM15 sahaja.
Anda jauh? Kek anda boleh diposlajukan. Harga postage RM6/kek dan tambahan RM3/kek untuk kek seterusnya. Kalau dekat area Shah Alam - Bangi - KL, boleh COD kalau takde aral.


Kek lapis sarawak DNZ ni tahan sehingga 2 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Kek ini juga tahan lebih kurang seminggu di luar peti sejuk. Untuk pengeposan, kek akan dibungkus pada hari yang nak dipos, dan mungkin memakan masa selama 1-2 hari untuk kek sampai ke rumah anda. Kek akan masih dalam keadaan baik, Insya Allah. 

Haaa.. tunggu apa lagi? Boleh hubungi cik abby (SMS/whatsapp/email) untuk menempah kek lapis anda. Sedap, murah dan yang penting tak payah pegi Sarawak pun dapat beli dan makan kek lapis :-)

Om nom nom!


Monday, January 28, 2013

Kek Lapis Sarawak DNZ Home Made Recipe


Jeng jeng jeng..

Kek Lapis Sarawak dari DNZ Home Made Recipe. Ada 16 perisa, dengan harga serendah RM13 - RM15, sedap, murah dan memang berbaloi. Boleh dipos terus sampai ke rumah anda! DNZ pun ada buat kek buah dan chocolate moist cake tau! 

Tapi bukan cik abby yang buat ni, saya memang takde bakat langsung nak bakor-bakor kek ni, apatah lagi kek lapis yang hebat macam ni. Saya cume distributor jek. Hehe.. Yang buat kek ni memang orang Sarawak, bukan Sarawak celup ok. So, worry not, memang asli.

Sesiapa yang berminat nak beli Kek Lapis Sarawak DNZ ni, boleh hubungi cik abby di 016-722 0412, call/SMS/whatsapp atau email ke nabila_khalid85@yahoo.com.

Om nom nom!


Saturday, April 14, 2012

Mee Bandung Muar Beb!!




Haaa, nampak macam sedap, memang sedap pun. Bukan susah pun nak buat die, pakai jek pes AgroMas. Hussle free. Pes AgroMas ni mula-mula cik abby ragu-ragu nak cuba, takut tak sedap, tapi once I tried, memang rasa die sesedap mee bandung Muar yang original. 


Inilah dia pes AgroMas yang heboh diperkatakan tu.
Pes ini sesuai untuk hidangan 4 orang. Hanya tambah beberapa bahan untuk menyedapkan lagi rasa Mee Bandung Muar tersebut:


Sebiji bawang besar + seulas bawang putih (kisar)
Udang
Sotong kembang
Sawi
Telur
Mee kuning (dicelur)


Cara-caranya:


1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
2. Masukkan pes yang telah dicairkan dengan air. Masukkan 4 lagi cawan air. Biar mendidih.
3. Masukkan udang dan sotong kembang. Masak 3 minit.
4. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Lagi sedap bile telur tu separuh masak jek bila dihidang.
5. Letak mee dalam mangkuk, tuang kuah mee bandung. Sedia dihidang dengan bawang goreng dan daun bawang. 


Tak caya, try la sendiri. Nyum nyum!!


p/s: Pes Mee Rebus die pun boleh tahan gak sedapnye..



Thursday, March 22, 2012

Siput Sedut Masak Kicap


Siput sedut a.k.a balitong. Nak makan die kene pandai sedut. Yang penting time kene potong hujung cangkerang die lebih sikit, jika tidak memang sampai besok pagi la siput die tak keluar. Kalu nak senang beli je siput yang dah siap bersih. Kalau beli yang ada lumpur tu, petua orang tua-tua kata kene basuh siput dengan kelapa parut supaya dapat menghapuskan bau lumpur tersebut.

Kita selalu makan siput sedut masak lemak, tapi saya lebih suka siput sedut masak kicap. This is one of my favorite dish since I was a kid. Nak masak dia senang je, try it:   

Tempoh penyediaan:  
25 minit sediakan bahan + tetak hujung cangkerang dan 8 minit untuk memasak.

Bahan-bahan (serve for 2 pax):

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji lada merah
3 biji lada padi (nak pedas sila la tambah lagi)
2 batang serai
1 cm halia 
Kicap manis
500gm siput sedut

Cara memasak:
  1. Semua bahan-bahan di atas dihiris halus, dan bersihkan serta potong hujung siput.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dihiris sampai naik bau.
  3. Masukkan kicap seberapa banyak yang anda suka dan campur dengan sedikit air (just enough untuk mencairkan kicap). Tumis seketika sehingga kicap mendidih.
  4. Masukkan siput sedut dan gaul rata. Tutup kuali lebih kurang 3 minit supaya siput cepat masak.
  5. Angkat penutup dan tabur sedikit black pepper. Gaul lagi sampai puas hati. Dah siap dan boleh start sedut.
Sedap dan layan time sedut tu. Buat ratah lagi best. :-)

Sharing is caring. 


Saturday, February 11, 2012

Bandung, Indonesia 06 - 09 February 2012

This vacation was meant for our 4th anniversary, thus I didn't bring our little Balqis on the trip (the plane ticket was ready though). It's honeymoon time! Luckily I've taught Balqis to bottle-feed two weeks before the vacation and fortunately she didn't refuse to use the bottle *relieve*. She stayed with her grandma at JB.

Sebelum pergi ke Bandung, cik abby dah siap-siap organize supir a.k.a driver untuk jalan-jalan kat sana. Details tentang supir ni cik abby dapat dari cousin, dia pun upah supir yang sama time gi Bandung tahun lepas. Rate dia standard, IDR 400,000/hari termasuk parking, fuel, upah, kereta Avanza. Kalu pegi ramai lagi, boleh mintak kat supir ni kereta yang lebih besar dan bayarannya pun lebih sikit lah ye.

We stayed at Sukajadi Hotel located at Jalan Sukajadi. Hotel cantik dan selesa dan mempunyai ciri-ciri Bali. TV dia jenama kuno tapi channel dia banyak, kalah Astro. Cik abby siap boleh catch-up drama Korea lagi (Wild Romance - Abang Lee Dong Wook), waktu siaran sama macam kat Malaysia. Ceh, kata honeymoon tapi tengok hero lain..

Hotel Sukajadi
After check-in hotel, kami terus pergi ke Pasar Baru. Perlu diingatkan supaya berhati-hati dengan pencopet. Kalau nak beli telekung dengan kain pasang, this is the place. Dah penat jalan-jalan, singgah ke Lantai 6 untuk makan. Kat situ ada satu kafeteria Kantin Jojo, ayam penyet dia sedap dan pedas, ditambah pula minum jus alpukat dan mangga yang pekat dan likat. memang ketagih. Mesti korang teringin nak makan pink guava kan? kat Pasar Baru ni ada jual, tapi kene keluar dari Pasar Baru. Meaning kat tepi jalan sebelah pasar tu sendiri. Sori, cik abby takde ambil gambo time shopping sebab malas nak keluarkan kamera, bukan di Pasar Baru je, tapi kat mana-mana factory outlet tempat shopping, tak kuasa den nak amik gambo. Nak tau camane environment dia, try to browse for other blogs.

Lepas kenyang makan ayam penyet, kami straight pergi ke Rumah Mode. A must go factory outlet, located on Jalan Setiabhudi. Jenama Guess, Marc & Jacobs, Burberry, Hugo, CK, dan banyak lagi la memang murah bangat kat sini. Maybe ada reject sikit kot, tapi reject grade A. Bawak bekal duit kepul-kepul tau. Persekitaran kat Rumah Mode ni pun best.

Rumah Mode
Kaki lenguh gak asyik berdiri jek. So lepas shopping cik abby lepak hotel jek. Malam tu kitorang round Paris Van Java, which is only 5 minutes walk from the hotel. It is a shopping mall, lebih kurang macam shopping mall kat Malaysia jugak. Nothing much to do, just wandering around and have dinner and eat ColdStone IceCream.


On our second day, cik abby siap awal, pukul 8.30 pagi supir dah amik kitorang kat hotel. Ingat nak terus gi shopping kat Jalan Dago, tapi malangnya belum bukak lagi. So kami jalan-jalan la dulu kat Hutan Lipur. Lupa dah nama hutan tu, tapi cantik, banyak pokok konifer. Bayaran masuk seorang 10,000. Kalau nak amik tour guide masuk dalam Gua Jepang dan Gua Belanda dia charge 70,000. 

Hutan Lipur
 Kami cuma masuk ke Gua Jepang je, ada volunteer tour guide kat situ. Dia bawak masuk dalam gua, bagi penerangan, dan bagi sewa torchlight 3,000/pc. Gua ni ada 4 pintu, di mana ia adalah tempat persembunyian tentera Jepun pada tahun 1940-an. Kitorang bagi upah kat tour guide tu 10,000 sorang (ada 2 orang).

Gua Jepang
Selepas melawat gua, bermulalah episod membeli belah di Jalan Riau dan Jalan Dago. Sesiapa yang berminat dengan T-shirt underground, boleh la singah di Jalan Trunojoyo. Banyak baju lcal brand ada dijual di situ seperti BlackJack, Invictus dan Uncl147.

Dah shopping sampai tengahari, perut pun mulalah keroncong. Teringin nak makan Nasi Timbel, supir bawak kitorang pergi Kampung Daun. Tak jauh sangat pun dari bandar, tapi suasana dia memang cantik macam dalam hutan. Setiap pelanggan makan kat pondok, tak campur ngan pelanggan lain. The best thing is sambil makan dengar bunyi burung, bunyi waterfall. Syiokkk. Tapi mahal sikit la kan, sesekali takpe. 

Kampung Daun
After that we dropped by at Rumah Stoberi. Here, boleh petik sendiri strawberry dengan bayaran 120,000 siap dengan makan nasi liwet kat kafe dia. Oleh sebab baru pas makan Nasi Timbel, cik abby cuma beli strawberry je la, sepeket 30,000 (approx. RM12). Masam-masam manis, tapi tak la semasam strawberry Cameron Highlands. Boleh juga jika mahu menginap di Rumah Stroberi ni. Harga weekday 1juta++ dan bila weekend boleh cecah 2juta++. Jaga-jaga kalau pergi ke Tangkuban Parahu, supir ada bagitau di sana strawberry dia memang manis, tapi rupa-rupanya diorang celup dengan air gula. Kalau boleh tak payah la pergi Tangkuban tu, tempat menipu orang jek. 

Rumah Stroberi
Malam tu cik suami teringin nak makan sate, so supir bawak kitorang gi makan Sate Hadori. Sederet kedai tu memang jual sate jek, tapi Hadori ni yang paling famous sebab hanya jual sate kambing biri-biri muda sahaja. Mereka potong daging, cucuk kat lidi sate dan terus bakar tanpa seasoning what-so-ever. Daging tak berbau dan fresh tak hengat. Harga 28,000/10 cucuk (RM11.00). kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri, sate kambing dia RM1.40/cucuk. Ni kira murah la ni lagipun guna daging fresh. Rest assured, it is open 24 hours. Bila-bila masa nak makan pun boleh.

Sate Hadori
As a dessert, we went to Kartika Sari where their specialty is brownies. We bought Chocolate Chip Brownie (42,000) and Banana Brownie (43,000) and a slice (3,500) for our supir. You can also give Amanda Brownie Kukus a try. Sedap jugak.

Kartika Sari
Selain shopping, korang pun boleh jugak pergi ke indoor theme park Trans Studio Bandung, terletak tak jauh dari bandar. Enter fee 150,000 on weekdays and 200,000 on weekends/public holiday/school holiday. Got plenty of games to play and don't forget to bring extra shirt sebab ada permainan yang jatuh dalam air dari ketinggian 13m. A lot of activities to do here, games, 4D show, museum, science center, roller coaster, etc.

Trans Studio Bandung
This Trans Studio is attached to their shopping mall. Play all you want before going to the mall as you have to purchase another ticket to get into the studio again. It is quite confusing for the first time as they use Mega Cash Card for every transaction made, including at the shopping mall and food court. Mega Cash card ni lebih kurang macam kad top-up la. Time beli tiket theme park, memang kene beli sekali kad ni dengan harga 10,000. But once you have purchase the card, you don't have to buy it for next time coming here. Mana-mana tempat dalam studio dan shopping mall memang ada tempat Isi Ulang Kartu, minimum 50,000 top-up. But not to worry, kalau ada baki dalam kad tu, boleh pergi ke Cashier Refund Counter untuk refund duit.

Mega Cash Card
Lepas puas main, kitorang sambung shopping kat Jalan Dago dan makan Mee Bakso Tasik Kuah dan batagor. Memang terbaik! Malam tu kitorang makan ayam goreng ngan gurame kat Restoran Suharti Ayam Goreng. 

Kesimpulannya, Bandung memang best, kene bawak duit kepuk-kepuk kalu literally memang nak pegi shopping jek. Kalau nak contact number supir, boleh la contact cik abby ye. Saya ada 3 supir yang berpotensi dan bersedia untuk bawak korang jalan-jalan.



Wednesday, November 23, 2011

I wanna Marry POMEGRANATE!!!

Sejak dua menjak ni, cik abby suka betol makan buah delima a.k.a pomegranate. Rasa die manis, walaupun banyak biji, tapi ada banyak jus. Kalau nak makan buah delima ni, kene prepare piring kosong kat tepi, untuk buang biji. Huhu..


Sekarang ni kat Malaysia memang tengah musim delima. Pegi la kat supermarket, even pasar malam pun ada. Last months cik abby beli kat Econsave harga die RM1.99/pc. Last week kat pasar malam ada pakcik tu jual RM2/pc, cik abby beli 4. Nasib baik tak beli kat ada satu brader ni. Dia kata selonggok 5 bijik RM10, tapi beli satu-satu RM3/biji. Mangkuk hayun betol. This week harga turun, kat gerai pakcik minggu lepas, 3 bijik RM5. Ape lagi, borong la 6 bijik terus. Baru sepuloh hinggit. Stok sampai pasar malam minggu depan pulak. Tapi kalau kat Shah Alam, pernah cik abby pegi kat pasar malam Seksyen 6 die bulan lepas, RM6 sebijik. Pale hotak die!! Ko makan la sendiri buah tu sampai kembong!


Buah delima ni bagus untuk kesihatan, sebab tu la skrg ni jus buah ada extract pomegranate. Antaranya insyaAllah boleh reduce heart disease risk, kalau diamalkan minum jus die. Buah delima ni juga merupakan salah satu punca vitamin C, vitamin B5, potassium, dan polyphenol (sumber Wikipedia).


Buah delima yang cik abby beli kat pasar malam di Bangi


Bukan takat tu jek, Allah s.w.t ada menyebut tentang buah delima 3 kali dalam kitab suci Al-Quran:
"Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima" (Surah Ar-Rahman : 68)

"Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai dan menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnyapada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman" (Surah Al-An'am : 99)

"Dan Dialah yang menjadikan tanaman-tanaman yang merambat dan yang tidak merambat, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah dan berikanlah haknya (zakat) pada waktu memetik hasilnya, tapi janganlah berebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan" (Surah Al-An'am : 141) 


Buah delima ni adalah salah satu good example from Al-Quran. Ini bermakna khasiatnya memang excellent. Mestilah kan, kalu tak, takkan tumbuh dalam syurga. Hebat-hebat..


Apa tunggu lagi, jom makan buah delima sementara masih banyak dijual di pasar malam. Huhu..



Wednesday, November 16, 2011

Chilly Crab

Yesterday I went to pasar malam. Sekali terpandang ketam la pulak, terliur bile teringatkan chilly crab. Last-last, beli 3 ekor, RM20.. Current price RM22/kg. Ketam memang la mahal sikit, tapi sesekali tu boleh la. Penah sekali pegi makan blackpepper chilly crab kat restoran, sekali die charge RM70 untuk sekor. Betol-betol punya telan air liur. Hahaha.. Masak sendiri lagi save & sedap. 

Jom masak Chilly crab!! 



Ingredients:

Lada kering 2 genggam & 2 ulas garlic (blender)
3 ekor ketam
Sos ikan
Serbuk kunyit
Garam & gula
2 biji telur 

Let's start:

1) Gaul rata serbuk kunyit & garam pada cik ketam kite
2) Goreng beliau hingga garing. Ketepikan.
3) Guna minyak ketam tadi dan tumis bahan blender hingga garing
4) Dah garing, tambah sesudu besar sos ikan, garam dan gula
5) Bila rasa dah umphh, masukkan ketam yang dah digoreng tadi. Gaul rata
6) Masukkan telur ketam (jika ada)
7) Pecahkan telur 2 bijik dan biar hingga separuh masak, baru lah gaul rata sampai telur tu masak sepenuhnya


Pastu dah boleh la angkat dan hidang. Nak nampak cantek, buleh la tabur sikit daun bawang.


Bukan nak cakap besar la kan, tapi cuba dulu baru tau sedap ke tak. Huhu.. Pantun kat bawah ni ditujukan pada cik suami yang bile makan ketam, mulut gatal-gatal, dan jugak pada sume yang alergik pada seafood:

Beli ketam kat pasar malam,
Pasar malam hari Selasa,
Sedapnye bile makan ketam,
Kesian kat orang allergi tak boleh rasa..

Selamat mencuba uolls!!

Monday, October 31, 2011

Dinner @ MURNI SUNWAY

Once upon a time, my husband suddenly asked me to go to dinner at this one place. I said OK. I have no idea where he was taking me until I saw the signboard "Restoran Murni". FYI, this restaurant has a few franchises in Klang Valley but I've never been to the Sunway's before. There were a wide variety of mouth-watering food served here, from local cuisine to western. Sounds cliche right? But you gonna taste the difference once you experienced it yourself!

The beverage itself can bring enthusiast as they define their drinks as 'I Love You', 'I Miss You', 'Pink Panther', bla bla bla, and I ordered 'Be Happy' - the combination of Ribena-Mango-Soda-Longan. My husband's 'Fair Lady' (I forgot already the mix combination).. Now you get the pictures yet?

I ate a mouthful of Lamb Chop. It was OK for me (I've had better).  I envy my husband because his meal looked simple but very delicious, marvelous, all the lous-lous lah.. Jeng jeng jeng, it was Roti Naan with Mozarella Cheese & Bacon. It was worth to wait for the naan as I already finished my Lamb Chop when the meal came. Memang sodop!! Never taste a better naan than Murni's. I couldn't get enough of roti, then I ordered Roti Kosong satu.. Peh, memang kenyang giler. Dah la makan Lamb Chop, celup-celup makan naan, pastu bedal roti kosong. Minum pulak 'Be Happy', kembung kejap.. Hahaha.. 

 
For those yang nak try Murni Sunway, it is situated at Jalan PJS 8/13, agak dekat dengan Sunway Pyramid. Ada jugak kat Petaling Jaya, PJ (don't remember kat jalan mana) or kat William (lebih kurang cam Murni gak), kat area Kelana Jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...