Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Monday, July 22, 2013
Tips on Buying CROCS Shoes
Assalamualaikum everybody!
Nak share something ni. Antara korang yg baca ni mesti ada yang suka kasut Crocs kan? Alaaa, kasut getah cap buaya tu. Harga die memang semua RM100 ke atas la kan, kecuali Jit-Bits die yg comel-comel tu la. So, kalau korang nak jimat baaaanyaaaak, ikut petua cik abby ni.
Petua nak membeli kasut Crocs:
Beli 3 hari sebelum / pada / 3 hari selepas tarikh harijadi korang. Tapi kena tunjuk kat die AEON Member Card (just tunjuk aje untuk bukti). Pastu korang dah boleh enjoy 30%, I repeat, 30% discount on the spot. Boleh beli sampai 3 pasang kalau x silap.
Make sure tanya dulu promoter kat kedai tu, mana la tau bos diorang tak penah bagitau pasal diskaun ni kan. Nak-nak yang baru keje sehari dua. Ini lah antara kelebihan menjadi AEON Member Card.
Haaa, jimat banyak tuuuu. Jangan risau, inshaAllah berjaya dapat diskaun punye sebab cik abby dah 3 tahun berturut-turut beli Crocs time birthday. Cume baru sekarang terfikir nak share. Hehe sori ye.
Cer tengok resit cik abby tu, sukati la nak pecaya ke tak. AEON Birthday Discount 30%. Beli 2 pasang jimat RM107. Banyak kan jimatnye? Time ni beli 2 hari selepas birthday suami cik abby.
Share le kat kawan-kawan sedara mara pasal berita gembira ni.
Selamat membeli uolls!
Labels:
Jalan-jalan,
privilege cards,
Promotion
Thursday, June 28, 2012
Jalan-jalan Singapore Zoo on 29/5/12
Inilah kali pertama sejak 26 tahun hidup termasuk 23 tahun dok JB, first time masuk Temasek. Maybe sebab duit die lagi mahal kot, lagipun takde passport. Baru sekarang merasa. Thanks to my husband yang sudi bawak cik abby & cikbal jalan-jalan oversea (Oversea la sangat, berenang pun buleh sampai).
We headed to Mandai (where the zoo is), which is only 5 minutes driving from Singapore immigration, memang dekat sangat, tengok signboard jek. Belum sempat GPS nak search satellite pun dah sampai.
![]() |
| The ticket |
Kami beli tiket Zoo-per Saver bernilai S$27.00 (Adult), sekali dengan naik bot dan tram. Pakej ni jimat S$4.00, 4 dolar pun kalu tuko RM dah jadik RM10 jugak.. If anyone nak pergi Bird Park atau Night Safari, ada jugak harga pakej yang ditawarkan. Check-it out here.
Suasana zoo memang best, pokok-pokok rimbun dan redup. Walaupun redup, tapi jangan lupe kene bawak kipas tangan sebab takde angin, panas sket. Kawasan yang luas, pelbagai binatang yang dipamerkan, dan berbagai aksi haiwan dalam animal shows menjadi tarikan utama pelancong ke sini, terutama parents yang bawak anak-anak dan rombongan sekolah. Anak-anak pun boleh mandi-manda kat Rainforest Kidzworld, kene la bawak pakaian yang sesuai dan baju spare.
Kami sewa ler satu wagon yang konon-kononnye nak suruh cikbal dok dalam tu, so tarik jek die tak payah peluh-peluh ketiak dukung. Tapi malangnye die tanak langsung dok dalam tu. Dah ler sewa S$15. At last letak beg jek dalam tu.
![]() |
| The wagon can carry 2 child at once. |
![]() |
| Rainforest alike. Redup giler. |
![]() |
| Treetops Trail |
![]() |
| Antara haiwan yang ada, banyak sangat tak larat nak capture banyak-banyak. |
![]() |
| Orang utan |
![]() |
| Babi rusa. Agak-agak kalau terpegang natang ni, kene samak tak? |
![]() |
| Can you spot a white tiger? |
Penat berjalan, kami naik tram. Tram ni setiap 5 minit die lalu, tapi kene la tunggu kat stesyen yang disediakan, kalau korang tengah jalan pastu tahan tram cam tahan teksi, jangan harap die nak benti. Naik bot die pun best jugak, santai jek merentasi Seletar Reservoir.
![]() |
| Boat ride |
Kami sempat tengok Splash Safari show, anjing laut punye show. Best sangat. Pastu ingat nak tengok Elephant show pulak, sekali cikbal membuang air beso plak.. Padahal dah duduk dah kat tempat show, show pun dah nak start. Sabo jek la.
![]() |
| Salam ngan tiger |
![]() |
| Time kitorang datang, pygmy hippo ni tengah wat projek mengembangkan zuriat. Dah macam National Geographic plak. |
![]() |
| Pygmy Hippo |
![]() |
| Melayan karenah cikbal |
![]() |
| Macam-macam ragam cikbal. |
Agak-agak dah lapo, bolehlah singgah kat restoran dalam zoo ni. Harga die mahal la sikit. Nasib baik rumah mak kat JB dekat ngan Singapore, so kitorang balik makan kat umah jek. Jimat. Hahaha..
Nak ole-ole, ada jek kedai souvenir kat sini. Untuk cikbal belikan die T-shirt selai, cik abang beli mug 'glow in the dark' dan cik abby beli gambo kenang-kenangan time kat Splash Safari.
Banyak lagi tempat haiwan yang cik abby tak mention, sebab banyak sangat. Memang berbaloi. Sekian, terima kasih.
More info, klik sini.
Saturday, February 11, 2012
Bandung, Indonesia 06 - 09 February 2012
This vacation was meant for our 4th anniversary, thus I didn't bring our little Balqis on the trip (the plane ticket was ready though). It's honeymoon time! Luckily I've taught Balqis to bottle-feed two weeks before the vacation and fortunately she didn't refuse to use the bottle *relieve*. She stayed with her grandma at JB.
Sebelum pergi ke Bandung, cik abby dah siap-siap organize supir a.k.a driver untuk jalan-jalan kat sana. Details tentang supir ni cik abby dapat dari cousin, dia pun upah supir yang sama time gi Bandung tahun lepas. Rate dia standard, IDR 400,000/hari termasuk parking, fuel, upah, kereta Avanza. Kalu pegi ramai lagi, boleh mintak kat supir ni kereta yang lebih besar dan bayarannya pun lebih sikit lah ye.
We stayed at Sukajadi Hotel located at Jalan Sukajadi. Hotel cantik dan selesa dan mempunyai ciri-ciri Bali. TV dia jenama kuno tapi channel dia banyak, kalah Astro. Cik abby siap boleh catch-up drama Korea lagi (Wild Romance - Abang Lee Dong Wook), waktu siaran sama macam kat Malaysia. Ceh, kata honeymoon tapi tengok hero lain..
![]() |
| Hotel Sukajadi |
After check-in hotel, kami terus pergi ke Pasar Baru. Perlu diingatkan supaya berhati-hati dengan pencopet. Kalau nak beli telekung dengan kain pasang, this is the place. Dah penat jalan-jalan, singgah ke Lantai 6 untuk makan. Kat situ ada satu kafeteria Kantin Jojo, ayam penyet dia sedap dan pedas, ditambah pula minum jus alpukat dan mangga yang pekat dan likat. memang ketagih. Mesti korang teringin nak makan pink guava kan? kat Pasar Baru ni ada jual, tapi kene keluar dari Pasar Baru. Meaning kat tepi jalan sebelah pasar tu sendiri. Sori, cik abby takde ambil gambo time shopping sebab malas nak keluarkan kamera, bukan di Pasar Baru je, tapi kat mana-mana factory outlet tempat shopping, tak kuasa den nak amik gambo. Nak tau camane environment dia, try to browse for other blogs.
Lepas kenyang makan ayam penyet, kami straight pergi ke Rumah Mode. A must go factory outlet, located on Jalan Setiabhudi. Jenama Guess, Marc & Jacobs, Burberry, Hugo, CK, dan banyak lagi la memang murah bangat kat sini. Maybe ada reject sikit kot, tapi reject grade A. Bawak bekal duit kepul-kepul tau. Persekitaran kat Rumah Mode ni pun best.
![]() |
| Rumah Mode |
Kaki lenguh gak asyik berdiri jek. So lepas shopping cik abby lepak hotel jek. Malam tu kitorang round Paris Van Java, which is only 5 minutes walk from the hotel. It is a shopping mall, lebih kurang macam shopping mall kat Malaysia jugak. Nothing much to do, just wandering around and have dinner and eat ColdStone IceCream.
On our second day, cik abby siap awal, pukul 8.30 pagi supir dah amik kitorang kat hotel. Ingat nak terus gi shopping kat Jalan Dago, tapi malangnya belum bukak lagi. So kami jalan-jalan la dulu kat Hutan Lipur. Lupa dah nama hutan tu, tapi cantik, banyak pokok konifer. Bayaran masuk seorang 10,000. Kalau nak amik tour guide masuk dalam Gua Jepang dan Gua Belanda dia charge 70,000.
![]() |
| Hutan Lipur |
Kami cuma masuk ke Gua Jepang je, ada volunteer tour guide kat situ. Dia bawak masuk dalam gua, bagi penerangan, dan bagi sewa torchlight 3,000/pc. Gua ni ada 4 pintu, di mana ia adalah tempat persembunyian tentera Jepun pada tahun 1940-an. Kitorang bagi upah kat tour guide tu 10,000 sorang (ada 2 orang).
![]() |
| Gua Jepang |
Selepas melawat gua, bermulalah episod membeli belah di Jalan Riau dan Jalan Dago. Sesiapa yang berminat dengan T-shirt underground, boleh la singah di Jalan Trunojoyo. Banyak baju lcal brand ada dijual di situ seperti BlackJack, Invictus dan Uncl147.
Dah shopping sampai tengahari, perut pun mulalah keroncong. Teringin nak makan Nasi Timbel, supir bawak kitorang pergi Kampung Daun. Tak jauh sangat pun dari bandar, tapi suasana dia memang cantik macam dalam hutan. Setiap pelanggan makan kat pondok, tak campur ngan pelanggan lain. The best thing is sambil makan dengar bunyi burung, bunyi waterfall. Syiokkk. Tapi mahal sikit la kan, sesekali takpe.
![]() |
| Kampung Daun |
After that we dropped by at Rumah Stoberi. Here, boleh petik sendiri strawberry dengan bayaran 120,000 siap dengan makan nasi liwet kat kafe dia. Oleh sebab baru pas makan Nasi Timbel, cik abby cuma beli strawberry je la, sepeket 30,000 (approx. RM12). Masam-masam manis, tapi tak la semasam strawberry Cameron Highlands. Boleh juga jika mahu menginap di Rumah Stroberi ni. Harga weekday 1juta++ dan bila weekend boleh cecah 2juta++. Jaga-jaga kalau pergi ke Tangkuban Parahu, supir ada bagitau di sana strawberry dia memang manis, tapi rupa-rupanya diorang celup dengan air gula. Kalau boleh tak payah la pergi Tangkuban tu, tempat menipu orang jek.
![]() |
| Rumah Stroberi |
Malam tu cik suami teringin nak makan sate, so supir bawak kitorang gi makan Sate Hadori. Sederet kedai tu memang jual sate jek, tapi Hadori ni yang paling famous sebab hanya jual sate kambing biri-biri muda sahaja. Mereka potong daging, cucuk kat lidi sate dan terus bakar tanpa seasoning what-so-ever. Daging tak berbau dan fresh tak hengat. Harga 28,000/10 cucuk (RM11.00). kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri, sate kambing dia RM1.40/cucuk. Ni kira murah la ni lagipun guna daging fresh. Rest assured, it is open 24 hours. Bila-bila masa nak makan pun boleh.
![]() |
| Sate Hadori |
As a dessert, we went to Kartika Sari where their specialty is brownies. We bought Chocolate Chip Brownie (42,000) and Banana Brownie (43,000) and a slice (3,500) for our supir. You can also give Amanda Brownie Kukus a try. Sedap jugak.
![]() |
| Kartika Sari |
Selain shopping, korang pun boleh jugak pergi ke indoor theme park Trans Studio Bandung, terletak tak jauh dari bandar. Enter fee 150,000 on weekdays and 200,000 on weekends/public holiday/school holiday. Got plenty of games to play and don't forget to bring extra shirt sebab ada permainan yang jatuh dalam air dari ketinggian 13m. A lot of activities to do here, games, 4D show, museum, science center, roller coaster, etc.
![]() |
| Trans Studio Bandung |
This Trans Studio is attached to their shopping mall. Play all you want before going to the mall as you have to purchase another ticket to get into the studio again. It is quite confusing for the first time as they use Mega Cash Card for every transaction made, including at the shopping mall and food court. Mega Cash card ni lebih kurang macam kad top-up la. Time beli tiket theme park, memang kene beli sekali kad ni dengan harga 10,000. But once you have purchase the card, you don't have to buy it for next time coming here. Mana-mana tempat dalam studio dan shopping mall memang ada tempat Isi Ulang Kartu, minimum 50,000 top-up. But not to worry, kalau ada baki dalam kad tu, boleh pergi ke Cashier Refund Counter untuk refund duit.
![]() |
| Mega Cash Card |
Lepas puas main, kitorang sambung shopping kat Jalan Dago dan makan Mee Bakso Tasik Kuah dan batagor. Memang terbaik! Malam tu kitorang makan ayam goreng ngan gurame kat Restoran Suharti Ayam Goreng.
Kesimpulannya, Bandung memang best, kene bawak duit kepuk-kepuk kalu literally memang nak pegi shopping jek. Kalau nak contact number supir, boleh la contact cik abby ye. Saya ada 3 supir yang berpotensi dan bersedia untuk bawak korang jalan-jalan.
Labels:
housewifey,
Jalan-jalan,
makan-makan
Tuesday, November 15, 2011
Pulau Pangkor 9-10 November 2011
Pas gi Cameron Highlands, cik abby terus shoot gi Pulau Pangkor, with cik suami and Balqis. Dulu time zaman universiti dulu, gi Lumut aje (pegi training Palapes Laut kat pengkalan TLDM), tapi x berkesempatan gi Pangkor. Baru sekarang ni pegi, setelah 3 tahun meninggalkan zaman kampus. Ewah..
Cik abby park kete kat tempat letak kete bertingkat, ala dekat jek ngan jeti Lumut. Murah, RM6.90/hari. Then jalan kaki sikit gi jeti, kiri kanan banyak kedai jual dried seafood, souvenirs, restoran etc. Tambang feri RM10/person, return fare Lumut-Pangkor-Lumut, ada la dalam setengah jam perjalanan. Punggung pun tak sempat panas lagi. Hehe..
We stayed at Puteri Bayu Beach Resort, situated at Pantai Pasir Bogak. Naik van teksi dari jeti 5 min jek dah sampai, jauhnye dalam 3km, tapi tambang die RM10. Mak oiiii!!
Pas lepak-lepak, petang tu jalan-jalan area Puteri Bayu, then amik van teksi pegi Teluk Nipah. Balqis trauma naik van teksi ni. Nangis cam hape, tanak naik teksi. Agaknye sebab van dah sezen, bunyi pun macam motobot. Huhu..
Kata orang Teluk Nipah ni ramai melayu, chalet pun murah, banyak tempat makan, tu yang pegi sana tu. So, kami dinner la kat sana, makan ikan bakar. Tapi harga die mahal sikit. Nasi goreng yang rasa kuali tu RM7.90 sepinggan. Hmmm tak baik la pulak kan ungkit-ungkit pasal harga bende yang kite makan, tapi memang tak patut harga die, ish ish ish *geleng kepala*.
Yang bestnye kat sini, buleh tengok burung enggang (hornbill) secara live ok. Ni edisi liar punya, bukan bela tau, tapi jinak gile. Ada brader tu tabur roti, dengan selambanya burung-burung hornbill tu datang dekat makan. Rugi pulak tak amik gambo burung tu, nak bagi korang caya. Hehe.. Kalu kat KL ni, kene bayar pegi Birdpark nun nak tengok burung enggan punya pasal..
Besoknye pagi-pagi pas breakfast, cik abby bawak my little girl pegi mandi laut kat Pantai Pasir Bogak. Air die tak keruh dan tak jernih. Haaa camane tu?? Hahaha.. Tapi pantai die tak landai, tak seswai untuk toddler cam Balqis, last-last bagi die main ombak je.
Balqis punya swimsuit banyak masuk pasir. Berketul-ketul. Pastu bawak die bilas badan kat shower resort, then sambung mandi kat pool pulak. Sementara nak tunggu check-out hotel, Balqis tertido kepenatan. Amik ko!
Sebelum balik, cik abby borong ikan bilis, udang kering ngan assorted seafood cikedis kat Pangkor town sebelah jeti. Mana boleh balik tanpa beli ikan kering beb. Premium grade kat sini..
Overall, Pulau Pangkor ni biasa jek la. Maybe ada tempat yang lagi best kat Pangkor ni yang cik abby tak pegi, who knows kan.
Last but not least, selamat bercuti!!!
Cik abby park kete kat tempat letak kete bertingkat, ala dekat jek ngan jeti Lumut. Murah, RM6.90/hari. Then jalan kaki sikit gi jeti, kiri kanan banyak kedai jual dried seafood, souvenirs, restoran etc. Tambang feri RM10/person, return fare Lumut-Pangkor-Lumut, ada la dalam setengah jam perjalanan. Punggung pun tak sempat panas lagi. Hehe..
![]() |
| Dalam feri |
![]() |
| After breakfast the next day - note that Balqis still wearing her pyjamas |
![]() |
| Pantai Teluk Nipah |
Yang bestnye kat sini, buleh tengok burung enggang (hornbill) secara live ok. Ni edisi liar punya, bukan bela tau, tapi jinak gile. Ada brader tu tabur roti, dengan selambanya burung-burung hornbill tu datang dekat makan. Rugi pulak tak amik gambo burung tu, nak bagi korang caya. Hehe.. Kalu kat KL ni, kene bayar pegi Birdpark nun nak tengok burung enggan punya pasal..
Besoknye pagi-pagi pas breakfast, cik abby bawak my little girl pegi mandi laut kat Pantai Pasir Bogak. Air die tak keruh dan tak jernih. Haaa camane tu?? Hahaha.. Tapi pantai die tak landai, tak seswai untuk toddler cam Balqis, last-last bagi die main ombak je.
![]() |
| Pantai Pasir Bogak |
Sebelum balik, cik abby borong ikan bilis, udang kering ngan assorted seafood cikedis kat Pangkor town sebelah jeti. Mana boleh balik tanpa beli ikan kering beb. Premium grade kat sini..
Overall, Pulau Pangkor ni biasa jek la. Maybe ada tempat yang lagi best kat Pangkor ni yang cik abby tak pegi, who knows kan.
Last but not least, selamat bercuti!!!
Monday, November 14, 2011
Cameron Highlands 8-9 November 2011
![]() |
| Bergambar kenangan dalam apartment |
Perjalanan pegi Cameron kitorang lalu ikut Tapah. Jalan die kurang elok, banyak tanah runtuh, dan simpang siur. Tapi best lalu sini sebab takyah pasang aircond kete. Bukak tingkap sikit, angin die sepoi-sepoi gitu.. Kat tepi jalan ramai orang asli jual madu, rebung, pokok tanduk rusa pun ada. Len kali datang buleh beli pokok tanduk rusa tu. Mesti cun letak kat cik abby punye secret garden. Hehee..
I like the climate the most. Masa pegi first time dulu (2008), tak la sejuk sangat, peluh gak ketiak. Tapi second time ni sejuk die sampai ke tulang. Agaknye lemak sikit, tu yang cepat jek rasa sejuk tu. Huhu.. Apartment tu takyah pasang aircond, terbayang-bayang, alangkah bestnye kalu kat KL cuaca camni selalu..
Pas check-in, kitorang gi visit Cameron Valley Tea Plantation. Mana sah gi Cameron kalu tak ke ladang teh beb. Ada jugak Boh Tea Plantation, tapi oleh sebab nak beli teh strawberry punya pasal, pegi la kat Cameron Valley ni..
![]() |
| Jalan-jalan kat ladang teh |
![]() |
| Pekene teh oren ngan aiskrim Magnum |
Petang tu, pegi Cactus Point pulak, usha pokok yang cantik-cantik, comel-comel. Cik abby borong 6 pokok + 6 cactus. Memula tanak beli cactus pun, tapi geram sebab comel. Akhirnye beli jugak 6 pasu RM10.
![]() |
| Cactus Point |
Malam tu kitorang layan steamboat kat Restoran Ferm Nyonya. Satu kepala RM15. Sedap and a very happening place. Pas makan cik abby ngan cik suami gi jalan-jalan tengok souvenir, jalan kaki jek sebab tak jauh dari apartment. Tanah Rata tu kire macam pekan la..
Keesokan harinya pas sarapan, kitorang pegi Multicrops Central Market, singgah jap beli ole-ole. Kat sini ada jugak jual pokok, strawberry stuffs, and tea.
![]() |
| Kedai jual pokok @Multicrops Central Market cantik gile, cam dalam taman |
Pastu pegi Kea Farm, beli buah oren, persimmon, sayur, and of course la strawberry kan..
After that we went to Raju's Hill Strawberry Farm sambil makan aiskrim strawberry, jus strawberry,sume strawberry lah..
![]() |
| All about strawberries |
![]() |
| Sweet memories @Cameron Highlands |
Time balik, instead of Tapah, kitorang lalu Simpang Pulai, jalan lagi lebar and safety wise, I recommend this route.
Akhir kata, Cameron Highland memang best. There will be 3rd and 4th time for me visiting there.. I like!!
Monday, October 31, 2011
Dinner @ MURNI SUNWAY
Once upon a time, my husband suddenly asked me to go to dinner at this one place. I said OK. I have no idea where he was taking me until I saw the signboard "Restoran Murni". FYI, this restaurant has a few franchises in Klang Valley but I've never been to the Sunway's before. There were a wide variety of mouth-watering food served here, from local cuisine to western. Sounds cliche right? But you gonna taste the difference once you experienced it yourself!
The beverage itself can bring enthusiast as they define their drinks as 'I Love You', 'I Miss You', 'Pink Panther', bla bla bla, and I ordered 'Be Happy' - the combination of Ribena-Mango-Soda-Longan. My husband's 'Fair Lady' (I forgot already the mix combination).. Now you get the pictures yet?
I ate a mouthful of Lamb Chop. It was OK for me (I've had better). I envy my husband because his meal looked simple but very delicious, marvelous, all the lous-lous lah.. Jeng jeng jeng, it was Roti Naan with Mozarella Cheese & Bacon. It was worth to wait for the naan as I already finished my Lamb Chop when the meal came. Memang sodop!! Never taste a better naan than Murni's. I couldn't get enough of roti, then I ordered Roti Kosong satu.. Peh, memang kenyang giler. Dah la makan Lamb Chop, celup-celup makan naan, pastu bedal roti kosong. Minum pulak 'Be Happy', kembung kejap.. Hahaha..
For those yang nak try Murni Sunway, it is situated at Jalan PJS 8/13, agak dekat dengan Sunway Pyramid. Ada jugak kat Petaling Jaya, PJ (don't remember kat jalan mana) or kat William (lebih kurang cam Murni gak), kat area Kelana Jaya.
Wednesday, October 26, 2011
Balqis with Her Sun-glass
Yesterday we went to Alamanda and it happened as I walked inside Mothercare. I browsed to accessories area and found this cute, blue flora sun-glass. I put it on Balqis and never thought of she would like it! Usually she will throw anything that come in contact with her head, a headband for instance. I was surprised thus I bought the sun-glass right away. Luckily they were on SALE right now in conjunction with Diwali festival. I got it for just RM22.40, less 30%. Hehehe..
Isn't she kawaii??!!!
Oh, and she wore the 'Carrot Brooch' I made for her! Just to add up to her style. Good for her to learn too, that carrot provides vitamin for your bright eyes!
Isn't she kawaii??!!!
Oh, and she wore the 'Carrot Brooch' I made for her! Just to add up to her style. Good for her to learn too, that carrot provides vitamin for your bright eyes!
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)




































