Monday, December 19, 2011

My Secret Garden


Cik abby memang suka cucuk tanam, tapi apakan daya, rumah apartment so tanam dalam pasu jek la. Walaupun balcony cuma selebar 2 kaki, tetap ku gagahkan jua tanam apa yang patut. Nampak la hijau sikit kan, sejuk mata memandang..





Yang paling penting, kene tanam herbs seperti berikut:


Pokok lada - biji benih die ambil dari biji lada kering. 
Daun limau purut - ni beli kat pasar tani Temerloh. Jauh tu.. Penting untuk masak tomyam
Mint leaf a.k.a Daun pudina - Beli kat Cameron Highlands satu pasu, pastu semai kat pasu lain, sekarang dah ada 3 pasu. Buat ginger ale letak daun pudina sket, memang sedap!!
Daun pandan - my mama bagi, import dari Joho. Senang sikit nak buat nasi lemak..
Daun parsley - Pun beli kat Cameron Highlands. Garnishing for pasta.
Pokok kari - Takde daun kari, tak jadik la lauk kari..
Pokok serai ngan daun bawang pun cik abby ada tanam, tapi diorang takde dalam gambo. Hehe.. Nanti nak tanam pokok kunyit pulak. Ada gak cik abby tanam pokok hiasan, nak tambah cantek lagi secert garden cik abby ni kononnya..


Cactus comel

Pokok sireh - Bila die dah start menjalar nanti mesti cun

Pokok apa ntah, tapi yang hujung tu bonzai ok!
Pokok ni suami cik abby yang pilih time kat Cameron Highlands. Daun die bergulung, bunga macam loceng. Cantik.
Bulan lepas cik abby ada buat pasu tempurung kelapa, haaa, ni lah die hasilnya bila digantung:





Baru lah nampak tradisional sikit ada tempurung kelapa kat balcony. Huhu.. Semua pokok-pokok ni diberi makan baja tahi ayam, dan dimandikan 3 kali seminggu. 


Sebenonye, takde alasan utuk tidak bercucuk tanam walaupun dok kat rumah pangsa ke, kondo ke, apartment ke, apatah lagi rumah landed. 


Selamat berkebun!

Sunday, December 11, 2011

DIY: Shelf Back Cover

Have you ever encountered with a blank yet boring bookshelf? Now it is about time to add some blast to it. This time I did the shelf back cover (notice the stripe cover at the back of the shelf!) of the bookcase. 


Make this:



From this:




Looked awesome? Get the tutorial here. It's a super easy DIY!

Welcome to Sarang Craft!

Attention!


Got a new blog in the house! 


Sarang Craft will be the place where all my handmade, crafty-licious crafts and stuffs are gathered. But not to worry, I am still manage this 'tale of a housewife' as a personal blog until the very end. I just don't want to mix them in here. People might get confused, won't they?


Though the new one is still under construction (a lot of pics are yet to be uploaded), I promise I will keep them both up-to-date. Stay connected is all I'm asking.


If you like 'a tale of a housewife', I am sure you will love 'Sarang Craft' more.


Thank you so much for the continuous love and support. Saranghae!!


Mmuuaaahhhh!! 

Let's go to http://sarang-craft.blogspot.com

Friday, December 9, 2011

Lee Dong Wook and Kim Sun A Meet & Greet Session Part II

Check out my partner's blog, mizu-age, for more photos throughout the event. 




And also here.




Thanks for sharing.



Thursday, December 8, 2011

Lee Dong Wook and Kim Sun A Meet & Greet Session

It was 6th December 2011 and I was looking forward to meet the stars of Scent of a Woman. Got two tickets for me and my sister (Thanks to OneTV and Astrolife), but nobody to take care of the little girl, Balqis. At last, my sis withdrew herself to volunteer jaga CikBal and the other ticket is sold to one lucky amoi.



Bergambar kenangan at my Secret Garden sebelum pegi jumpa hero..
Balqis mengenangkan nasibnya kene tinggal
 Dalam tentatif program, event tu sepatutnya bermula jam 5.30pm. So, cik abby pun terkedek-kedek la pegi Mandarin Oriental Hotel pukul 5pm. The long queue surprised me, sampai ke luar hotel, and of course I have to wait at the outside for nearly an hour before the Q started to move like, a step. Cik abby siap sempat susukan CikBal lagi kat lobby hotel sementara tu. 

Didn't expect the long Q
I have never been to this kind of event before, so I don't prepare, cuma bawak diri jek. Ada yang memang die hard fan siap bawak banner bagai. Yang penting, dapat jumpa LDW ok! Dalam pukul 6.20pm, akhirnya tibalah turn saya untuk register. Pas register, kene tunggu lagi rupanya. Nasib baik ada snacks and drinks tersedia. Kite pun mamam la dulu..

Macam selebriti la pulak
This is the lucky girl, apparently she was my partner from the beginning until the end
Sume tengah tunggu nak masuk ballroom
Kat depan stage
Jehan Miskin was the MC for the day. Before the show started, he asked three quick questions and three persons who can answer the each question respectively will get the chance to play a game with Lee Dong Wook and Kim Sun A as the judges. I am so proud (until today) that I was chosen to answer the third question correctly. I was the one at 1.55min.



Rupa-rupanya, kene menari tango depan diorang kan. Rehearsal la dengan penari tango 3-4 kali sebelum diorang masuk. Masa tengah tunggu turn nak naik pentas, menggigil lutut ni nak menari, tangan sejuk nervous punya pasal. Naik stage tetibe jek rasa confident menyelubungi diri. Terus menari tango yang move die ntah hape-hape. Cik abby tak lepaskan peluang menatap wajah hero time ni. Kalau boleh tanak berkelip langsung. For once, lupa pulak dah ada suami. Huhu.. Hah, korang tengok video ni, dengar betul-betul yang translator LDW tu cakap, "The lady in the blue, she just staring at me". (I am glad LDW noticed me!) Siyot punya Jehan cakap, "Eee tak malunya". Hahaha I don't care. Bukan selalu dapat jumpa. Ni lah masanya.. 



Tak caya dapat jumpa LDW upclose macam ni (Kim Sun A terus dilupakan). Dapat peluk! Arghhh seakan dunia ni saya yang punya.. Kim Sun A was so tall, I have to jengket kaki bila amik group photo.


Diorang siap sempat nyanyi duet lagi, lagu 'Us Again'. A sneakpeak of their song:




Tengah feeling nyanyi
Ada lagi video yang fans dah upoad kat Youtube, tapi xdapat la cik abby nak letak kat entry ni banyak-banyak. Tak caya ke LDW ni hensem, tengok sendiri kat sini, dan sini. Ada banyak lagi link, tapi dah malam dah ni, tak larat nak copy semua. Cik abby pun tak dapat nak amik banyak gambo diorang sebab saya atas stage. Sorry.. 


Haaa, ni lah die premium autographed photo signed by LDW and KSA yang hanya kami bertiga saja yang dapat. Jeng jeng jeng:




Thanks to the autographed photo, I became a 10 minutes attention. Hahaha. Pas diorang pegi jek, ramai nak amik gambo ngan cik abby. Korang yang ada amik gambo tu, kirim-kirim la kat sini ekk. Nak tengok jugak..


Last but not least, dapat goodies bag from OneTV Asia. Nomu nomu kamsahamnida!


Ada satu tertinggal, a poster which I gave to my partner
Bagi sesiapa yang nak share experience time meet & greet ni, feel free to contact me sebab saya amatlah berbesar hati untuk berkongsi. Jom sama-sama share!





Sunday, December 4, 2011

Soft Toy: TV Remote Control

Untuk anak-anak yang suka main dan gigit-gigit remote, ni salah satu solution die. Visit sarang craft for more close-ups and info. 


I share because I care!

Saturday, December 3, 2011

I Won Tickets to Meet Lee Dong Wook!!

Tet Tet!! A message came in at 6.10pm. It was from Astrolife and it sounded like:


"Congrats! U hv won 2 tix to meet Kim Sun A & Lee Dong Wook live @ 6/12, 5.30 pm, Mandarin Oriental Hotel. Show SMS & ASTRO bill for entry".


The story began after a few days Astro launched a contest of Korean Stars Meet & Greet in conjunction for the promotion of a new Korean drama, Scent of a Woman, starring Lee Dong Wok and Kim Sun A, which is currently airing on channel 393: OneTV . It was a super easy contest, just log on to astrolife, and answer some related questions.


Well, seemed like luck was on my side. I was so excited I rolled on the floor. I never thought of winning it and never expected this chance would come to me like, so damn easy! ! There were 100 winners and I was one of them! 


Scent of a Woman
Last but not least, see you there on the 6th, Lee Dong Wook!! *shouting* 


Yahooooooo!!!!!!!!!!!

Thursday, December 1, 2011

Bubur CikBal

Bubur ni mama cik abby yang ajar, biasa la, orang melayu baby die makan bubur. Kalu omputih, makan biskut ngan puri buah.. Balqis a.k.a Cikbal makan bubur ni since umur die 6 bulan (waktu yang sesuai untuk start feeding your baby their first solid food), sampai la sekarang ni, dah dekat setahun setengah. 




Tak payah cakap banyak, nah ni resipi die:




1) Beras segenggam
2) Seulas bawang putih (ketuk & cincang halus)
3) Sehiris halia (ketuk & cincang halus)
4) Sedikit bawang goreng
5) Lobak merah (cincang halus)
6) Udang kering (basuh & rendam)
7) Daun sup (cincang halus)


Ingredients kene la cincang halus, sebab nak bagi baby makan. kang tercekik pulak. Bahan-bahan dah siap, boleh la start masak. Tempoh masakan lebih kurang 45 minit.


Basuh beras, tanak atas dapur dengan api kecil (air letak banyak sikit dari masak nasi biasa) 
Mama cakap api jangan beso. Nanti lambat masak. Guna periuk kecik yang sesuai dengan segenggam beras untuk jimatkan gas.

Biarkan mendidih dulu. Kacau sekali sekala (siap ada asap lagi)

Dah mendidih, masukkan semua bahan-bahan tadi (jangan lupe tos dulu udang kering tu)
Let it simmer sampai bubur pekat. Kacau once in a while untuk elak berkerak. 


Time bubur dah pekat, tabur sikit garam just enough to taste. Kene la ingat yang ni baby food, bukan makanan orang tua. Kang kecik-kecik lagi dah kene darah tinggi...


Bila bubur dah masak, camni la rupa dia.
In my opinion, bubur ni sedap, even cik abby pun ada ngap sikit time suapkan Cikbal. Hehe.. Masa Cikbal baby, bubur ni cik abby blender dulu dalam 2 saat, biarkan sejuk 5 minit, baru bagi Cikbal makan. Tapi sekarang ni, geraham die pun dah tumbuh, tak payah nak blender lagi. 


Bubur ni best eaten warm, dihidang dengan air Ribena..


Alternatively, boleh juga ganti udang kering dengan ikan bilis goreng yang dah siap kisar halus. Konon-konon macam kiub ikan bilis la kan, tapi tak elok guna kiub untuk baby food sebab ada MSG, perasa, pengawet. Kalu nak lagi umpphhh koyakkan sikit daun kunyit dalam bubur. As the result, bubur akan rasa macam ala-ala bubur lambok gitu.. 


Bagi sesape yang ada baby tu, bole la try resipi ni ye. Kalu nak masak untuk makan sendiri pun boleh jugak. Selamat mencuba uolls!!
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...