Monday, July 22, 2013

Tips on Buying CROCS Shoes


Assalamualaikum everybody!

Nak share something ni. Antara korang yg baca ni mesti ada yang suka kasut Crocs kan? Alaaa, kasut getah cap buaya tu. Harga die memang semua RM100 ke atas la kan, kecuali Jit-Bits die yg comel-comel tu la. So, kalau korang nak jimat baaaanyaaaak, ikut petua cik abby ni. 

Petua nak membeli kasut Crocs:

Beli 3 hari sebelum / pada / 3 hari selepas tarikh harijadi korang. Tapi kena tunjuk kat die AEON Member Card (just tunjuk aje untuk bukti). Pastu korang dah boleh enjoy 30%, I repeat, 30% discount on the spot. Boleh beli sampai 3 pasang kalau x silap.

Make sure tanya dulu promoter kat kedai tu, mana la tau bos diorang tak penah bagitau pasal diskaun ni kan. Nak-nak yang baru keje sehari dua. Ini lah antara kelebihan menjadi AEON Member Card. 

Haaa, jimat banyak tuuuu. Jangan risau, inshaAllah berjaya dapat diskaun punye sebab cik abby dah 3 tahun berturut-turut beli Crocs time birthday. Cume baru sekarang terfikir nak share. Hehe sori ye. 

Cer tengok resit cik abby tu, sukati la nak pecaya ke tak. AEON Birthday Discount 30%. Beli 2 pasang jimat RM107. Banyak kan jimatnye? Time ni beli 2 hari selepas birthday suami cik abby. 

Share le kat kawan-kawan sedara mara pasal berita gembira ni. 

Selamat membeli uolls! 


Friday, June 21, 2013

Nursing Apron + Nursing Pillow by Sarang Craft

Untuk ibu-ibu yang menyusukan baby, good news for uolls. Cik Abby ada buat Nursing Apron dan Nursing Pillow. Jahit sendiri tau. Ok, meh kita cecite satu-satu.

NURSING APRON by Sarang Craft

Selalu orang panggil nursing cover, tapi oleh sebab cik abby buat seakan-akan apron, so nama die nursing apron lah. Kegunaan die adalah untuk menutup bahagian-bahagian tetentu semasa menyusukan baby di khayalak ramai seperti di pusat beli belah, taman riadah dan sebagainye. Pakai die sama macam apron, hanya perlu sangkut di leher dan cover baby uolls kat bawah apron tu sambil menyusukan. Kebanyakan berpendapat yang pakai nursing apron/cover ni baby tak lemas ke sebab bertutup? Cik abby sendiri pakai nursing apron ni dan Alhamdulillah takde pulak baby lemas. Baby lena lagi tertido bawah tu. 


Dimensi: 27.5" x 39"
Material: Kain cotton yang ringan, nipis supaya tak panas dengan corak yang cantek-cantek. 
And the best of all, it comes with a matching pouch yang comel (5"x8") supaya senang nak simpan dalam handbag dan tidak kotor. Boleh dibasuh.
Harga: RM 35 sahaja beserta pouch.




Ni pattern kain, pilih mana suka nanti cik abby jahitkan. Contoh apronnye dalam gambar di bawah.
No. 6
No. 8
No. 9 - Sold Out
No. 4
No. 1 - Sold Out
Haa yang dua apron ni ialah the first batch ever.
Adjustable strap dengan D-Ring yang berukir cantik
NURSING PILLOW by Sarang Craft

Nursing pillow ni pulak sangat sesuai untuk bayi baru lahir hingga umur 6 bulan. Bantal ni kat bahagian U diselitkan kat pinggang ibu, dan baby diletakkan kat atas bantal tu untuk menyusu. So, ibu dah tak payah dukung baby semasa menyusu. Boleh elakkan lenguh-lenguh tangan dan sakit belakang akibat membongkok ketika nursing. Boleh pilih antara dua untuk isi bantal ni, sama ada polyfiber atau kekabu. Biasalah, kalau kekabu mestilah mahal sikit tapi tahap keempukan memang lebih baik dari polyfiber. Kalau susu tiris (bocor) kat atas bantal ni, sarung die boleh dibuka dan dibasuh. Bantal die pulak sembur dengan febreze dan jemur di bawah matahari untuk bagi gebu semula. Sarung bantal dan bantal diperbuat dari kain jenis cotton. 


Dimensi: Lebih kurang 23" x 24"
Harga: RM60 (Polyfiber) dan RM70 (Kekabu) - beserta sarung bantal sekali.


Saiz sebenar. Baby 9 bulan, girl 3 tahun.
Nursing Pillow without cover
Nursing Pillow with removable cover
Removable slip cover - tiada zip.
Ini semua hasil tangan cik abby. Nak tau lebih lanjut, selalunye cik abby akan quick update via Instagram dan facebook. 

Instagram: @sarangcraft, #sarangcraft
Facebook: Sarang Craft by Abby

Segala info dan update, paling cepat adalah via IG dan FB tu. Sudi-sudi la jemput follow dan like ye. Show some love and support kat cik abby yang baru nak bertapak ni. Blog lambat sikit lah sebab kene karangan bagai kan. Kalau nak respons lagi cepat, whatsapp aje cik abby kat 016-7220412. Email pun boleh jugak nabila_khalid85@yahoo.com.

Nak tengok hasil keras tangan cik abby yang lain, ada dalam IG, FB dan blog khas untuk my handmade crafts, http://sarang-craft.blogspot.com.

p/s: Tiada ready stock. Semua nya based on made upon request. Busy la katakan. :-P

Apa-apa pun, susu badan adalah yang terbaik buat si manja!






Sunday, May 12, 2013

Tempahan Kek Lapis Sarawak untuk Raya Aidilfitri dibuka!


Assalamualaikum,

Bulan Rejab dah tiba. Lepas tu Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Di samping kita membuat ibadah kepada-Nya, cik abby nak promote kek lapis sarawak dari DNZ Homemade Recipe. Dah ada kuih raya? Asyik kuih raya jek, meh tahun ni kita tuko hidang kek lapis pulak. Tempahan untuk raya akan dibuka pada bulan Jun 2013 ini. In fact, sebenarnya dah boleh start order dah sekarang. Booking awal lagi bagus.

Yang paling best, ada hadiah misteri bagi pembelian 5 kek dan 10 kek ke atas. Ini adalah suatu penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi support dan courage untuk membawa industri halal negara ke taraf yang lebih tinggi. Amboi!

Tak tau nak order apa? Meh belek-belek senarai kek kat bawah ni. Harga serendah RM13 hingga RM15 sahaja.
Anda jauh? Kek anda boleh diposlajukan. Harga postage RM6/kek dan tambahan RM3/kek untuk kek seterusnya. Kalau dekat area Shah Alam - Bangi - KL, boleh COD kalau takde aral.


Kek lapis sarawak DNZ ni tahan sehingga 2 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Kek ini juga tahan lebih kurang seminggu di luar peti sejuk. Untuk pengeposan, kek akan dibungkus pada hari yang nak dipos, dan mungkin memakan masa selama 1-2 hari untuk kek sampai ke rumah anda. Kek akan masih dalam keadaan baik, Insya Allah. 

Haaa.. tunggu apa lagi? Boleh hubungi cik abby (SMS/whatsapp/email) untuk menempah kek lapis anda. Sedap, murah dan yang penting tak payah pegi Sarawak pun dapat beli dan makan kek lapis :-)

Om nom nom!


Monday, January 28, 2013

Kek Lapis Sarawak DNZ Home Made Recipe


Jeng jeng jeng..

Kek Lapis Sarawak dari DNZ Home Made Recipe. Ada 16 perisa, dengan harga serendah RM13 - RM15, sedap, murah dan memang berbaloi. Boleh dipos terus sampai ke rumah anda! DNZ pun ada buat kek buah dan chocolate moist cake tau! 

Tapi bukan cik abby yang buat ni, saya memang takde bakat langsung nak bakor-bakor kek ni, apatah lagi kek lapis yang hebat macam ni. Saya cume distributor jek. Hehe.. Yang buat kek ni memang orang Sarawak, bukan Sarawak celup ok. So, worry not, memang asli.

Sesiapa yang berminat nak beli Kek Lapis Sarawak DNZ ni, boleh hubungi cik abby di 016-722 0412, call/SMS/whatsapp atau email ke nabila_khalid85@yahoo.com.

Om nom nom!


Tuesday, January 22, 2013

Felinna Inchloss Lotion


Haa sebok nak kurus macam cik abby? Ni makan dia!

Felinna Inchloss Lotion jawapannye.

Sebenonye saya tak pakai pun losyen ni, sebab saya memang tanah badan kurus sejak dari atok nenek papa mama lagi. Tapi suami cik abby pakai losyen ni, badan dia agak beso sikit so cik abby suruh la dia try sapu lotion ni tiap-tiap hari sebelum gi kojo. Dia baru pakai seminggu, tunggu lah die kurus nanti, jadi jejaka idaman malaya la dia. Hahaha..

Kat facebook merata orang hantar testimoni, promote sana sini, so memang betullah berkesan ye tak? Kalau angin tak bertiup masakan pokok bergoyang? Ewah.. 

Untuk sesapa yang nak kurus tanpa ambil sebarang risiko, boleh try Inchloss Lotion ni sebab banyak kelebihannya:
  1. Dihasilkan daripada herba-herba asli dan bebas bahan kimia dan bertindak secara semulajadi memecahkan lemak-lemak degil, so boleh la membantu korang mendapat bentuk badan idaman.
  2. Mudah digunakan. Dengan hanya satu sapuan anda boleh tengok perbezaannya (ukur dulu sebelum guna).
  3. Losyen ni wangi ok. Bau ala-ala parfum losyen gitu. Takde la malu kalau pakai tu bau minyak angin ke bau halia ke kan. Selesa dan tak payah risau kalau bau minyak angin lekat kat baju.
  4. Tidak terlalu panas. Rasa berangin die tahan lama. Kalau berpeluh lagi la berangin ala-ala menthol. 
  5. Selamat untuk ibu-ibu mengandung (asalkan jangan sapu kat perut & pinggang), ibu-ibu selepas bersalin yang nak cepat berat badan kembali normal, boleh membantu menguruskan perut yang gelebeh (sapu kat perut then pakai bengkung/corset - amalkan continuously sehingga habis pantang).
  6. Unisex, lelaki perempuan boleh guna.
  7. Boleh disapu kat mana-mana bahagian badan yang bermasalah, even kat dagu pun boleh dengan sapuan nipis. 
  8. Produk Muslim, ada keluluan dari KKM dan HALAL!
Inchloss Lotion ni dijamin selamat dan berkesan. Sesiapa yang memang tengah dalam diet, losyen ni sebagai addition boleh mempercepatkan lagi pembakaran lemak anda! 

Puan Felinna yang juga pengasas produk ni jugak telah membuktikan keberkesanannya. 

Testimoni dari Puan Felinna - pengasas Inchloss Lotion

Cara penggunaan:

Sapu 2 kali sehari pada bahagian yang berlemak setiap pagi dan malam dalam kuantiti yang sedikit. Sapu secara bulatan hingga meresap.

Harga:

RM 75 Semenanjung
RM 80 Sabah Sarawak

Cik abby pun ada juga jual Pure Marine Collagen + Vitamin C (PMCVC), dan juga kombo pack Inchloss Lotion + PMCVC. Nak dapatkan harga spesel sila contact cik abby ok!


Let's fight the fat with Felinna Inchloss Lotion!


Friday, January 18, 2013

Felinna Pure Marine Collagen + Vitamin C


Let me introduce you Felinna Pure Marine Collagen + Vitamin C (PMCVC)!

Cik abby dah makan produk ni sejak sebulan setengah yang lalu dan hasilnya sangat memuaskan. Kulit sentiasa lembab dan tak kering, memang puas hati. Badan pun rasa lebih sihat, susu badan pun banyak. Sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan baby. Oleh itu, haruslah diri ini mempromosikan PMCVC ni kan. Nak buat testimoni tapi belum berkesempatan nak snap some pics. Kindly wait for my next entry okay!

Here are some fact about PMCVC, untuk membantu you all membuat pilihan yang tepat, gitew:


Ingredients:

Collagen Marine
Extract Gluta
Vitamin C

Extract Citrus

Makan 2 kapsul selepas makan malam (atau sebiji untuk lebih jimat. Ini hanya supplement, sebiji atau 2 biji tak jadi masalah). Minum banyak air. Sekotak mengandungi 30 kapsul.

Produk ni keluaran Muslim, HALAL (Ref. No: 150127-PR) dan mendapat kelulusan KKM (Reg. No: ULUKM/1542/12). 

Harga:
RM 85 Semenanjung
RM 90 Sabah/Sarawak


Cik abby merupakan dealer Felinna products, so boleh hubungi saya kalau nak beli :-)

Kalau nak special price, just contact cik abby k! 



Jom amalkan makan PMCVC untuk kulit cantik dan badan sihat!


Wednesday, January 16, 2013

Woodward's Gripe Water - Mujarab untuk Kembung Perut Bayi


Masalah yang common di kalangan bayi baru lahir hingga 6 bulan, kembung perut. Cik Abby trust this Woodward's Gripe Water instead of Minyak YuYee Cap Limau. Minyak YuYee tu tak penah saya guna sebab bau die pada saya kurang best. Jangan takut, gripe water ni HALAL dan tanpa alkohol.

Both of my daughters minum gripe water ni bila kembung perut, dan sangat mujarab. Dalam masa 5-10 minit selepas minum, perut bayi akan rasa lebih lega dan tak rengsa lagi. Lepas minum dukung die ke bahu, tepuk belakang badan pelan-pelan bagi die sendawa. Rasa die manis, tak macam rasa ubat langsung. I like!

Saya tak bagi tiap-tiap hari, bile baby kembung jek baru bagi. Minum die bukanlah banyak mana pun, sukatan dia:


1 - 6 bulan : satu sudu teh (5ml)
6 bulan - 2 tahun : 2 sudu ted (10ml)
2 tahun ke atas : 2 - 3 sudu teh (10 - 15ml)

Boleh diberi semasa atau selepas makan sehingga 4 kali dalam masa 24 jam. Jika masih sakit dapatkan nasihat doktor. Haa ni ikut apa yg Encik Woodward tu tulis kat belakang kotak gripe water ni. 

Nuha dah minum setengah botol dalam masa 4 bulan. Cuba bayangkan bape kali die dah kembung, menangis tak tentu hala? Hohoho..

Satu lagi ubat yang cik abby guna physically untuk redakan kembung pada baby ialah dengan mengurut perut dan telapak kaki baby dengan Minyak Telon. Ini pun berkesan jugak, mungkin sebab guna sama-sama dengan gripe water ni kot. 


Minyak Telon Bebiku & WoodWard's Gripe Water. Nampak tak cop HALAL di situ? (Kotak dah hancur pun nak simpan lagi. Hehe..)

Baby bile kembung perut die akan jadi keras sikit dari biasa, dan bila kite jentik perut (jentik slow jek, jangan kuat-kuat), akan kedengaran bunyi macam keras-keras gitu, rasa macam lompong. 

Mama saya selalu pesan, kalau menyusukan baby tu, jangan makan makanan yang sejuk-sejuk seperti buah tembikai, duku, langsat, minum air sejuk, aiskrim terutama baru lepas bersalin. No no no! Saya penah makan aiskrim sesudu time dalam pantang, dalam sejam pastu susukan Nuha terus die kembung. Begitu jugak dengan makan buah langsat. Bile makan yang pedas-pedas pun baby meragam jugak. Hati-hati. 

Gripe water ni boleh didapati di kebanyakan farmasi, harga pun bukanlah mahal, less than RM10.

Selamat mencuba legakan perut bayi anda!



Tuesday, January 15, 2013

My 2012 Resolutions - Dah tercapai ke belum?

It has been two weeks since the new year, and as usual I am late enough in making my own 2013 resolutions. But before I list down my new dream, let's go through my last year's wishlist. Did I achieved those goals? 

Flashback on my 2012 Resolution:

  1. Put on some serious weight, at least up to 45kg. It was pathetic when you weigh and the number stops at 39kg!
  2. Generate more ideas and making more crafts. It is a passion, I can't resist. Only now I realized ~duh~
  3. Breastfeeding my precious girl until she reaches 2 years. She is now 18 months old and I think I'm gonna start to mix BF with formula milk.
  4. New family member, perhaps!

Let's review:

  1. I have no luck in gaining some weight. I am 43kg now - 4 kg in a year is kind of disappointing for me. Well, at least the scale number increased! Checked!
  2. Yes, yes and yes! I've had a wonderful time sewing all my customer's craft, pop on to my craft blog at Sarang Craft. See it to believe it! #2, checked!
  3. I breastfed Balqis until she was 2 years 3 months old. More than what I expected (She alternated with formula milk since she was 1 yrs 7 mths). Well, there is a myth that skinny lady like myself doesn't have much milk to provide her child - I object! Bull***t! So #3, checked!
  4. It is a fact! I delivered my second girl named Nuha on 7th September 2012! CHECKED! CHECKED! CHECKED!
Overall, I am over the heel knowing that all my 2012 wishlist came true!

I eat everyday, drink every hour, snacking while watching Korean dramas, but still the weight is the problem. I cannot gain much despite my eating habit. The metabolism is to blame! The highest weight I achieved was at 52kg on my last month of pregnancy. Then it decreasing gradually after labor until now, 43kg. As long as I am healthy, I am not concern about weight anymore *grinning happily*.

As a fulltime housewife, I exclusively breastfeed baby Nuha. I started to breastfed her 1 hour after delivery and she doesn't suffered from jaundis. The antibody in my milk play an important part at that moment! For mummies out there, please breasfeed your child. Set your mind to produce plenty of milk and the reflex will do the rest. Your baby deserve the best and the best comes from you! Have you ever wonder why God created breast milk?  


Nuha several hours old.
My girls. Balqis is 2 years 7 months now!
Nuha 4mo and growing up healthily. Alhamdulillah.
My resolutions for the year 2013 will remain the same except for #4 *give me a space*! 

Yeay!!




There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...