Sunday, May 12, 2013

Tempahan Kek Lapis Sarawak untuk Raya Aidilfitri dibuka!


Assalamualaikum,

Bulan Rejab dah tiba. Lepas tu Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Di samping kita membuat ibadah kepada-Nya, cik abby nak promote kek lapis sarawak dari DNZ Homemade Recipe. Dah ada kuih raya? Asyik kuih raya jek, meh tahun ni kita tuko hidang kek lapis pulak. Tempahan untuk raya akan dibuka pada bulan Jun 2013 ini. In fact, sebenarnya dah boleh start order dah sekarang. Booking awal lagi bagus.

Yang paling best, ada hadiah misteri bagi pembelian 5 kek dan 10 kek ke atas. Ini adalah suatu penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi support dan courage untuk membawa industri halal negara ke taraf yang lebih tinggi. Amboi!

Tak tau nak order apa? Meh belek-belek senarai kek kat bawah ni. Harga serendah RM13 hingga RM15 sahaja.
Anda jauh? Kek anda boleh diposlajukan. Harga postage RM6/kek dan tambahan RM3/kek untuk kek seterusnya. Kalau dekat area Shah Alam - Bangi - KL, boleh COD kalau takde aral.


Kek lapis sarawak DNZ ni tahan sehingga 2 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Kek ini juga tahan lebih kurang seminggu di luar peti sejuk. Untuk pengeposan, kek akan dibungkus pada hari yang nak dipos, dan mungkin memakan masa selama 1-2 hari untuk kek sampai ke rumah anda. Kek akan masih dalam keadaan baik, Insya Allah. 

Haaa.. tunggu apa lagi? Boleh hubungi cik abby (SMS/whatsapp/email) untuk menempah kek lapis anda. Sedap, murah dan yang penting tak payah pegi Sarawak pun dapat beli dan makan kek lapis :-)

Om nom nom!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...