Thursday, June 28, 2012

Jalan-jalan Singapore Zoo on 29/5/12

Inilah kali pertama sejak 26 tahun hidup termasuk 23 tahun dok JB, first time masuk Temasek. Maybe sebab duit die lagi mahal kot, lagipun takde passport. Baru sekarang merasa. Thanks to my husband yang sudi bawak cik abby & cikbal jalan-jalan oversea (Oversea la sangat, berenang pun buleh sampai).

Dah alang-alang balik JB a.k.a kampung halaman, so pergi la sekali Singapore Zoo dengan niat membawa cikbal mengenali haiwan-haiwan dan sebagai hadiah pra-birthday dia yang ke-2 tahun. Kami pergi berempat termasuk kakak cik abby. We went on weekdays, early in the morning, pukul 7.20 dah sampai kat imigresen Malaysia. Tapi time nak masuk Singapore agak memakan masa sebab kereta dan motosikal yang banyak (ramai rupanya rakyat Malaysia yang kojo kat sana), dan kene isi 'kertas putih' on the spot. Pastu kene beli pulak auto-pass, fungsinya lebih kurang macam Touch 'n Go, cuma satu auto-pass hanya didaftarkan untuk satu vehicle sahaja. Tak boleh la nak pakai auto-pass kete ni untuk kete tu. 

We headed to Mandai (where the zoo is), which is only 5 minutes driving from Singapore immigration, memang dekat sangat, tengok signboard jek. Belum sempat GPS nak search satellite pun dah sampai. 

The ticket

Kami beli tiket Zoo-per Saver bernilai S$27.00 (Adult), sekali dengan naik bot dan tram. Pakej ni jimat S$4.00, 4 dolar pun kalu tuko RM dah jadik RM10 jugak.. If anyone nak pergi Bird Park atau Night Safari, ada jugak harga pakej yang ditawarkan. Check-it out here.

Suasana zoo memang best, pokok-pokok rimbun dan redup. Walaupun redup, tapi jangan lupe kene bawak kipas tangan sebab takde angin, panas sket. Kawasan yang luas, pelbagai binatang yang dipamerkan, dan berbagai aksi haiwan dalam animal shows menjadi tarikan utama pelancong ke sini, terutama parents yang bawak anak-anak dan rombongan sekolah. Anak-anak pun boleh mandi-manda kat Rainforest Kidzworld, kene la bawak pakaian yang sesuai dan baju spare. 

Kami sewa ler satu wagon yang konon-kononnye nak suruh cikbal dok dalam tu, so tarik jek die tak payah peluh-peluh ketiak dukung. Tapi malangnye die tanak langsung dok dalam tu. Dah ler sewa S$15. At last letak beg jek dalam tu.

The wagon can carry 2 child at once.
Rainforest alike. Redup giler.
Treetops Trail
Antara haiwan yang ada, banyak sangat tak larat nak capture banyak-banyak.
Orang utan
Babi rusa. Agak-agak kalau terpegang natang ni, kene samak tak?
Can you spot a white tiger?
Penat berjalan, kami naik tram. Tram ni setiap 5 minit die lalu, tapi kene la tunggu kat stesyen yang disediakan, kalau korang tengah jalan pastu tahan tram cam tahan teksi, jangan harap die nak benti. Naik bot die pun best jugak, santai jek merentasi Seletar Reservoir.

Boat ride
Kami sempat tengok Splash Safari show, anjing laut punye show. Best sangat. Pastu ingat nak tengok Elephant show pulak, sekali cikbal membuang air beso plak.. Padahal dah duduk dah kat tempat show, show pun dah nak start. Sabo jek la. 

Salam ngan tiger
Time kitorang datang, pygmy hippo ni tengah wat projek mengembangkan zuriat. Dah macam National Geographic plak.
Pygmy Hippo
Melayan karenah cikbal
Macam-macam ragam cikbal.
Agak-agak dah lapo, bolehlah singgah kat restoran dalam zoo ni. Harga die mahal la sikit. Nasib baik rumah mak kat JB dekat ngan Singapore, so kitorang balik makan kat umah jek. Jimat. Hahaha..

Nak ole-ole, ada jek kedai souvenir kat sini. Untuk cikbal belikan die T-shirt selai, cik abang beli mug 'glow in the dark' dan cik abby beli gambo kenang-kenangan time kat Splash Safari. 

Banyak lagi tempat haiwan yang cik abby tak mention, sebab banyak sangat. Memang berbaloi. Sekian, terima kasih.

More info, klik sini.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...