Monday, July 22, 2013

Tips on Buying CROCS Shoes


Assalamualaikum everybody!

Nak share something ni. Antara korang yg baca ni mesti ada yang suka kasut Crocs kan? Alaaa, kasut getah cap buaya tu. Harga die memang semua RM100 ke atas la kan, kecuali Jit-Bits die yg comel-comel tu la. So, kalau korang nak jimat baaaanyaaaak, ikut petua cik abby ni. 

Petua nak membeli kasut Crocs:

Beli 3 hari sebelum / pada / 3 hari selepas tarikh harijadi korang. Tapi kena tunjuk kat die AEON Member Card (just tunjuk aje untuk bukti). Pastu korang dah boleh enjoy 30%, I repeat, 30% discount on the spot. Boleh beli sampai 3 pasang kalau x silap.

Make sure tanya dulu promoter kat kedai tu, mana la tau bos diorang tak penah bagitau pasal diskaun ni kan. Nak-nak yang baru keje sehari dua. Ini lah antara kelebihan menjadi AEON Member Card. 

Haaa, jimat banyak tuuuu. Jangan risau, inshaAllah berjaya dapat diskaun punye sebab cik abby dah 3 tahun berturut-turut beli Crocs time birthday. Cume baru sekarang terfikir nak share. Hehe sori ye. 

Cer tengok resit cik abby tu, sukati la nak pecaya ke tak. AEON Birthday Discount 30%. Beli 2 pasang jimat RM107. Banyak kan jimatnye? Time ni beli 2 hari selepas birthday suami cik abby. 

Share le kat kawan-kawan sedara mara pasal berita gembira ni. 

Selamat membeli uolls! 


Friday, June 21, 2013

Nursing Apron + Nursing Pillow by Sarang Craft

Untuk ibu-ibu yang menyusukan baby, good news for uolls. Cik Abby ada buat Nursing Apron dan Nursing Pillow. Jahit sendiri tau. Ok, meh kita cecite satu-satu.

NURSING APRON by Sarang Craft

Selalu orang panggil nursing cover, tapi oleh sebab cik abby buat seakan-akan apron, so nama die nursing apron lah. Kegunaan die adalah untuk menutup bahagian-bahagian tetentu semasa menyusukan baby di khayalak ramai seperti di pusat beli belah, taman riadah dan sebagainye. Pakai die sama macam apron, hanya perlu sangkut di leher dan cover baby uolls kat bawah apron tu sambil menyusukan. Kebanyakan berpendapat yang pakai nursing apron/cover ni baby tak lemas ke sebab bertutup? Cik abby sendiri pakai nursing apron ni dan Alhamdulillah takde pulak baby lemas. Baby lena lagi tertido bawah tu. 


Dimensi: 27.5" x 39"
Material: Kain cotton yang ringan, nipis supaya tak panas dengan corak yang cantek-cantek. 
And the best of all, it comes with a matching pouch yang comel (5"x8") supaya senang nak simpan dalam handbag dan tidak kotor. Boleh dibasuh.
Harga: RM 35 sahaja beserta pouch.




Ni pattern kain, pilih mana suka nanti cik abby jahitkan. Contoh apronnye dalam gambar di bawah.
No. 6
No. 8
No. 9 - Sold Out
No. 4
No. 1 - Sold Out
Haa yang dua apron ni ialah the first batch ever.
Adjustable strap dengan D-Ring yang berukir cantik
NURSING PILLOW by Sarang Craft

Nursing pillow ni pulak sangat sesuai untuk bayi baru lahir hingga umur 6 bulan. Bantal ni kat bahagian U diselitkan kat pinggang ibu, dan baby diletakkan kat atas bantal tu untuk menyusu. So, ibu dah tak payah dukung baby semasa menyusu. Boleh elakkan lenguh-lenguh tangan dan sakit belakang akibat membongkok ketika nursing. Boleh pilih antara dua untuk isi bantal ni, sama ada polyfiber atau kekabu. Biasalah, kalau kekabu mestilah mahal sikit tapi tahap keempukan memang lebih baik dari polyfiber. Kalau susu tiris (bocor) kat atas bantal ni, sarung die boleh dibuka dan dibasuh. Bantal die pulak sembur dengan febreze dan jemur di bawah matahari untuk bagi gebu semula. Sarung bantal dan bantal diperbuat dari kain jenis cotton. 


Dimensi: Lebih kurang 23" x 24"
Harga: RM60 (Polyfiber) dan RM70 (Kekabu) - beserta sarung bantal sekali.


Saiz sebenar. Baby 9 bulan, girl 3 tahun.
Nursing Pillow without cover
Nursing Pillow with removable cover
Removable slip cover - tiada zip.
Ini semua hasil tangan cik abby. Nak tau lebih lanjut, selalunye cik abby akan quick update via Instagram dan facebook. 

Instagram: @sarangcraft, #sarangcraft
Facebook: Sarang Craft by Abby

Segala info dan update, paling cepat adalah via IG dan FB tu. Sudi-sudi la jemput follow dan like ye. Show some love and support kat cik abby yang baru nak bertapak ni. Blog lambat sikit lah sebab kene karangan bagai kan. Kalau nak respons lagi cepat, whatsapp aje cik abby kat 016-7220412. Email pun boleh jugak nabila_khalid85@yahoo.com.

Nak tengok hasil keras tangan cik abby yang lain, ada dalam IG, FB dan blog khas untuk my handmade crafts, http://sarang-craft.blogspot.com.

p/s: Tiada ready stock. Semua nya based on made upon request. Busy la katakan. :-P

Apa-apa pun, susu badan adalah yang terbaik buat si manja!






Sunday, May 12, 2013

Tempahan Kek Lapis Sarawak untuk Raya Aidilfitri dibuka!


Assalamualaikum,

Bulan Rejab dah tiba. Lepas tu Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Di samping kita membuat ibadah kepada-Nya, cik abby nak promote kek lapis sarawak dari DNZ Homemade Recipe. Dah ada kuih raya? Asyik kuih raya jek, meh tahun ni kita tuko hidang kek lapis pulak. Tempahan untuk raya akan dibuka pada bulan Jun 2013 ini. In fact, sebenarnya dah boleh start order dah sekarang. Booking awal lagi bagus.

Yang paling best, ada hadiah misteri bagi pembelian 5 kek dan 10 kek ke atas. Ini adalah suatu penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi support dan courage untuk membawa industri halal negara ke taraf yang lebih tinggi. Amboi!

Tak tau nak order apa? Meh belek-belek senarai kek kat bawah ni. Harga serendah RM13 hingga RM15 sahaja.
Anda jauh? Kek anda boleh diposlajukan. Harga postage RM6/kek dan tambahan RM3/kek untuk kek seterusnya. Kalau dekat area Shah Alam - Bangi - KL, boleh COD kalau takde aral.


Kek lapis sarawak DNZ ni tahan sehingga 2 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Kek ini juga tahan lebih kurang seminggu di luar peti sejuk. Untuk pengeposan, kek akan dibungkus pada hari yang nak dipos, dan mungkin memakan masa selama 1-2 hari untuk kek sampai ke rumah anda. Kek akan masih dalam keadaan baik, Insya Allah. 

Haaa.. tunggu apa lagi? Boleh hubungi cik abby (SMS/whatsapp/email) untuk menempah kek lapis anda. Sedap, murah dan yang penting tak payah pegi Sarawak pun dapat beli dan makan kek lapis :-)

Om nom nom!


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...