Saturday, February 11, 2012

Bandung, Indonesia 06 - 09 February 2012

This vacation was meant for our 4th anniversary, thus I didn't bring our little Balqis on the trip (the plane ticket was ready though). It's honeymoon time! Luckily I've taught Balqis to bottle-feed two weeks before the vacation and fortunately she didn't refuse to use the bottle *relieve*. She stayed with her grandma at JB.

Sebelum pergi ke Bandung, cik abby dah siap-siap organize supir a.k.a driver untuk jalan-jalan kat sana. Details tentang supir ni cik abby dapat dari cousin, dia pun upah supir yang sama time gi Bandung tahun lepas. Rate dia standard, IDR 400,000/hari termasuk parking, fuel, upah, kereta Avanza. Kalu pegi ramai lagi, boleh mintak kat supir ni kereta yang lebih besar dan bayarannya pun lebih sikit lah ye.

We stayed at Sukajadi Hotel located at Jalan Sukajadi. Hotel cantik dan selesa dan mempunyai ciri-ciri Bali. TV dia jenama kuno tapi channel dia banyak, kalah Astro. Cik abby siap boleh catch-up drama Korea lagi (Wild Romance - Abang Lee Dong Wook), waktu siaran sama macam kat Malaysia. Ceh, kata honeymoon tapi tengok hero lain..

Hotel Sukajadi
After check-in hotel, kami terus pergi ke Pasar Baru. Perlu diingatkan supaya berhati-hati dengan pencopet. Kalau nak beli telekung dengan kain pasang, this is the place. Dah penat jalan-jalan, singgah ke Lantai 6 untuk makan. Kat situ ada satu kafeteria Kantin Jojo, ayam penyet dia sedap dan pedas, ditambah pula minum jus alpukat dan mangga yang pekat dan likat. memang ketagih. Mesti korang teringin nak makan pink guava kan? kat Pasar Baru ni ada jual, tapi kene keluar dari Pasar Baru. Meaning kat tepi jalan sebelah pasar tu sendiri. Sori, cik abby takde ambil gambo time shopping sebab malas nak keluarkan kamera, bukan di Pasar Baru je, tapi kat mana-mana factory outlet tempat shopping, tak kuasa den nak amik gambo. Nak tau camane environment dia, try to browse for other blogs.

Lepas kenyang makan ayam penyet, kami straight pergi ke Rumah Mode. A must go factory outlet, located on Jalan Setiabhudi. Jenama Guess, Marc & Jacobs, Burberry, Hugo, CK, dan banyak lagi la memang murah bangat kat sini. Maybe ada reject sikit kot, tapi reject grade A. Bawak bekal duit kepul-kepul tau. Persekitaran kat Rumah Mode ni pun best.

Rumah Mode
Kaki lenguh gak asyik berdiri jek. So lepas shopping cik abby lepak hotel jek. Malam tu kitorang round Paris Van Java, which is only 5 minutes walk from the hotel. It is a shopping mall, lebih kurang macam shopping mall kat Malaysia jugak. Nothing much to do, just wandering around and have dinner and eat ColdStone IceCream.


On our second day, cik abby siap awal, pukul 8.30 pagi supir dah amik kitorang kat hotel. Ingat nak terus gi shopping kat Jalan Dago, tapi malangnya belum bukak lagi. So kami jalan-jalan la dulu kat Hutan Lipur. Lupa dah nama hutan tu, tapi cantik, banyak pokok konifer. Bayaran masuk seorang 10,000. Kalau nak amik tour guide masuk dalam Gua Jepang dan Gua Belanda dia charge 70,000. 

Hutan Lipur
 Kami cuma masuk ke Gua Jepang je, ada volunteer tour guide kat situ. Dia bawak masuk dalam gua, bagi penerangan, dan bagi sewa torchlight 3,000/pc. Gua ni ada 4 pintu, di mana ia adalah tempat persembunyian tentera Jepun pada tahun 1940-an. Kitorang bagi upah kat tour guide tu 10,000 sorang (ada 2 orang).

Gua Jepang
Selepas melawat gua, bermulalah episod membeli belah di Jalan Riau dan Jalan Dago. Sesiapa yang berminat dengan T-shirt underground, boleh la singah di Jalan Trunojoyo. Banyak baju lcal brand ada dijual di situ seperti BlackJack, Invictus dan Uncl147.

Dah shopping sampai tengahari, perut pun mulalah keroncong. Teringin nak makan Nasi Timbel, supir bawak kitorang pergi Kampung Daun. Tak jauh sangat pun dari bandar, tapi suasana dia memang cantik macam dalam hutan. Setiap pelanggan makan kat pondok, tak campur ngan pelanggan lain. The best thing is sambil makan dengar bunyi burung, bunyi waterfall. Syiokkk. Tapi mahal sikit la kan, sesekali takpe. 

Kampung Daun
After that we dropped by at Rumah Stoberi. Here, boleh petik sendiri strawberry dengan bayaran 120,000 siap dengan makan nasi liwet kat kafe dia. Oleh sebab baru pas makan Nasi Timbel, cik abby cuma beli strawberry je la, sepeket 30,000 (approx. RM12). Masam-masam manis, tapi tak la semasam strawberry Cameron Highlands. Boleh juga jika mahu menginap di Rumah Stroberi ni. Harga weekday 1juta++ dan bila weekend boleh cecah 2juta++. Jaga-jaga kalau pergi ke Tangkuban Parahu, supir ada bagitau di sana strawberry dia memang manis, tapi rupa-rupanya diorang celup dengan air gula. Kalau boleh tak payah la pergi Tangkuban tu, tempat menipu orang jek. 

Rumah Stroberi
Malam tu cik suami teringin nak makan sate, so supir bawak kitorang gi makan Sate Hadori. Sederet kedai tu memang jual sate jek, tapi Hadori ni yang paling famous sebab hanya jual sate kambing biri-biri muda sahaja. Mereka potong daging, cucuk kat lidi sate dan terus bakar tanpa seasoning what-so-ever. Daging tak berbau dan fresh tak hengat. Harga 28,000/10 cucuk (RM11.00). kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri, sate kambing dia RM1.40/cucuk. Ni kira murah la ni lagipun guna daging fresh. Rest assured, it is open 24 hours. Bila-bila masa nak makan pun boleh.

Sate Hadori
As a dessert, we went to Kartika Sari where their specialty is brownies. We bought Chocolate Chip Brownie (42,000) and Banana Brownie (43,000) and a slice (3,500) for our supir. You can also give Amanda Brownie Kukus a try. Sedap jugak.

Kartika Sari
Selain shopping, korang pun boleh jugak pergi ke indoor theme park Trans Studio Bandung, terletak tak jauh dari bandar. Enter fee 150,000 on weekdays and 200,000 on weekends/public holiday/school holiday. Got plenty of games to play and don't forget to bring extra shirt sebab ada permainan yang jatuh dalam air dari ketinggian 13m. A lot of activities to do here, games, 4D show, museum, science center, roller coaster, etc.

Trans Studio Bandung
This Trans Studio is attached to their shopping mall. Play all you want before going to the mall as you have to purchase another ticket to get into the studio again. It is quite confusing for the first time as they use Mega Cash Card for every transaction made, including at the shopping mall and food court. Mega Cash card ni lebih kurang macam kad top-up la. Time beli tiket theme park, memang kene beli sekali kad ni dengan harga 10,000. But once you have purchase the card, you don't have to buy it for next time coming here. Mana-mana tempat dalam studio dan shopping mall memang ada tempat Isi Ulang Kartu, minimum 50,000 top-up. But not to worry, kalau ada baki dalam kad tu, boleh pergi ke Cashier Refund Counter untuk refund duit.

Mega Cash Card
Lepas puas main, kitorang sambung shopping kat Jalan Dago dan makan Mee Bakso Tasik Kuah dan batagor. Memang terbaik! Malam tu kitorang makan ayam goreng ngan gurame kat Restoran Suharti Ayam Goreng. 

Kesimpulannya, Bandung memang best, kene bawak duit kepuk-kepuk kalu literally memang nak pegi shopping jek. Kalau nak contact number supir, boleh la contact cik abby ye. Saya ada 3 supir yang berpotensi dan bersedia untuk bawak korang jalan-jalan.



There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...