Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Kek Lapis Sarawak DNZ Home Made Recipe


Jeng jeng jeng..

Kek Lapis Sarawak dari DNZ Home Made Recipe. Ada 16 perisa, dengan harga serendah RM13 - RM15, sedap, murah dan memang berbaloi. Boleh dipos terus sampai ke rumah anda! DNZ pun ada buat kek buah dan chocolate moist cake tau! 

Tapi bukan cik abby yang buat ni, saya memang takde bakat langsung nak bakor-bakor kek ni, apatah lagi kek lapis yang hebat macam ni. Saya cume distributor jek. Hehe.. Yang buat kek ni memang orang Sarawak, bukan Sarawak celup ok. So, worry not, memang asli.

Sesiapa yang berminat nak beli Kek Lapis Sarawak DNZ ni, boleh hubungi cik abby di 016-722 0412, call/SMS/whatsapp atau email ke nabila_khalid85@yahoo.com.

Om nom nom!


Saturday, April 14, 2012

Mee Bandung Muar Beb!!




Haaa, nampak macam sedap, memang sedap pun. Bukan susah pun nak buat die, pakai jek pes AgroMas. Hussle free. Pes AgroMas ni mula-mula cik abby ragu-ragu nak cuba, takut tak sedap, tapi once I tried, memang rasa die sesedap mee bandung Muar yang original. 


Inilah dia pes AgroMas yang heboh diperkatakan tu.
Pes ini sesuai untuk hidangan 4 orang. Hanya tambah beberapa bahan untuk menyedapkan lagi rasa Mee Bandung Muar tersebut:


Sebiji bawang besar + seulas bawang putih (kisar)
Udang
Sotong kembang
Sawi
Telur
Mee kuning (dicelur)


Cara-caranya:


1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
2. Masukkan pes yang telah dicairkan dengan air. Masukkan 4 lagi cawan air. Biar mendidih.
3. Masukkan udang dan sotong kembang. Masak 3 minit.
4. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Lagi sedap bile telur tu separuh masak jek bila dihidang.
5. Letak mee dalam mangkuk, tuang kuah mee bandung. Sedia dihidang dengan bawang goreng dan daun bawang. 


Tak caya, try la sendiri. Nyum nyum!!


p/s: Pes Mee Rebus die pun boleh tahan gak sedapnye..



Thursday, March 22, 2012

Siput Sedut Masak Kicap


Siput sedut a.k.a balitong. Nak makan die kene pandai sedut. Yang penting time kene potong hujung cangkerang die lebih sikit, jika tidak memang sampai besok pagi la siput die tak keluar. Kalu nak senang beli je siput yang dah siap bersih. Kalau beli yang ada lumpur tu, petua orang tua-tua kata kene basuh siput dengan kelapa parut supaya dapat menghapuskan bau lumpur tersebut.

Kita selalu makan siput sedut masak lemak, tapi saya lebih suka siput sedut masak kicap. This is one of my favorite dish since I was a kid. Nak masak dia senang je, try it:   

Tempoh penyediaan:  
25 minit sediakan bahan + tetak hujung cangkerang dan 8 minit untuk memasak.

Bahan-bahan (serve for 2 pax):

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji lada merah
3 biji lada padi (nak pedas sila la tambah lagi)
2 batang serai
1 cm halia 
Kicap manis
500gm siput sedut

Cara memasak:
  1. Semua bahan-bahan di atas dihiris halus, dan bersihkan serta potong hujung siput.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dihiris sampai naik bau.
  3. Masukkan kicap seberapa banyak yang anda suka dan campur dengan sedikit air (just enough untuk mencairkan kicap). Tumis seketika sehingga kicap mendidih.
  4. Masukkan siput sedut dan gaul rata. Tutup kuali lebih kurang 3 minit supaya siput cepat masak.
  5. Angkat penutup dan tabur sedikit black pepper. Gaul lagi sampai puas hati. Dah siap dan boleh start sedut.
Sedap dan layan time sedut tu. Buat ratah lagi best. :-)

Sharing is caring. 


Thursday, December 1, 2011

Bubur CikBal

Bubur ni mama cik abby yang ajar, biasa la, orang melayu baby die makan bubur. Kalu omputih, makan biskut ngan puri buah.. Balqis a.k.a Cikbal makan bubur ni since umur die 6 bulan (waktu yang sesuai untuk start feeding your baby their first solid food), sampai la sekarang ni, dah dekat setahun setengah. 




Tak payah cakap banyak, nah ni resipi die:




1) Beras segenggam
2) Seulas bawang putih (ketuk & cincang halus)
3) Sehiris halia (ketuk & cincang halus)
4) Sedikit bawang goreng
5) Lobak merah (cincang halus)
6) Udang kering (basuh & rendam)
7) Daun sup (cincang halus)


Ingredients kene la cincang halus, sebab nak bagi baby makan. kang tercekik pulak. Bahan-bahan dah siap, boleh la start masak. Tempoh masakan lebih kurang 45 minit.


Basuh beras, tanak atas dapur dengan api kecil (air letak banyak sikit dari masak nasi biasa) 
Mama cakap api jangan beso. Nanti lambat masak. Guna periuk kecik yang sesuai dengan segenggam beras untuk jimatkan gas.

Biarkan mendidih dulu. Kacau sekali sekala (siap ada asap lagi)

Dah mendidih, masukkan semua bahan-bahan tadi (jangan lupe tos dulu udang kering tu)
Let it simmer sampai bubur pekat. Kacau once in a while untuk elak berkerak. 


Time bubur dah pekat, tabur sikit garam just enough to taste. Kene la ingat yang ni baby food, bukan makanan orang tua. Kang kecik-kecik lagi dah kene darah tinggi...


Bila bubur dah masak, camni la rupa dia.
In my opinion, bubur ni sedap, even cik abby pun ada ngap sikit time suapkan Cikbal. Hehe.. Masa Cikbal baby, bubur ni cik abby blender dulu dalam 2 saat, biarkan sejuk 5 minit, baru bagi Cikbal makan. Tapi sekarang ni, geraham die pun dah tumbuh, tak payah nak blender lagi. 


Bubur ni best eaten warm, dihidang dengan air Ribena..


Alternatively, boleh juga ganti udang kering dengan ikan bilis goreng yang dah siap kisar halus. Konon-konon macam kiub ikan bilis la kan, tapi tak elok guna kiub untuk baby food sebab ada MSG, perasa, pengawet. Kalu nak lagi umpphhh koyakkan sikit daun kunyit dalam bubur. As the result, bubur akan rasa macam ala-ala bubur lambok gitu.. 


Bagi sesape yang ada baby tu, bole la try resipi ni ye. Kalu nak masak untuk makan sendiri pun boleh jugak. Selamat mencuba uolls!!

Wednesday, November 16, 2011

Chilly Crab

Yesterday I went to pasar malam. Sekali terpandang ketam la pulak, terliur bile teringatkan chilly crab. Last-last, beli 3 ekor, RM20.. Current price RM22/kg. Ketam memang la mahal sikit, tapi sesekali tu boleh la. Penah sekali pegi makan blackpepper chilly crab kat restoran, sekali die charge RM70 untuk sekor. Betol-betol punya telan air liur. Hahaha.. Masak sendiri lagi save & sedap. 

Jom masak Chilly crab!! 



Ingredients:

Lada kering 2 genggam & 2 ulas garlic (blender)
3 ekor ketam
Sos ikan
Serbuk kunyit
Garam & gula
2 biji telur 

Let's start:

1) Gaul rata serbuk kunyit & garam pada cik ketam kite
2) Goreng beliau hingga garing. Ketepikan.
3) Guna minyak ketam tadi dan tumis bahan blender hingga garing
4) Dah garing, tambah sesudu besar sos ikan, garam dan gula
5) Bila rasa dah umphh, masukkan ketam yang dah digoreng tadi. Gaul rata
6) Masukkan telur ketam (jika ada)
7) Pecahkan telur 2 bijik dan biar hingga separuh masak, baru lah gaul rata sampai telur tu masak sepenuhnya


Pastu dah boleh la angkat dan hidang. Nak nampak cantek, buleh la tabur sikit daun bawang.


Bukan nak cakap besar la kan, tapi cuba dulu baru tau sedap ke tak. Huhu.. Pantun kat bawah ni ditujukan pada cik suami yang bile makan ketam, mulut gatal-gatal, dan jugak pada sume yang alergik pada seafood:

Beli ketam kat pasar malam,
Pasar malam hari Selasa,
Sedapnye bile makan ketam,
Kesian kat orang allergi tak boleh rasa..

Selamat mencuba uolls!!

Tuesday, October 25, 2011

Salty Goodness: Cekodok (Check-or-dock)

Mak Ngah saya ada bagi sesisir pisang ranum, hasil tuaian dari kebun die kat Hulu Langat tu. Kalu buat cekodok, seswai sangat!! So, pagi tadi cik abby and family sarapan cekodok dengan teh.. Cekodok a.k.a jemput-jemput pisang ni memang sodop buat snek time tengok tv, borak-borak, gossip-gossip (x elok diamalkan).. 

Masa baru-baru kawen dulu, cik abby cuma tau buat sandwich jek, masak sume tak geti. Nak buat cekodok pun rasa payahnye, adoiyai... Rupa-rupanya, takde la susah bebeno buatnye. Mak mertua ajor, mama cik abby pun ada ajor gak.. So, combine both recipes buat cekodok ni, dapat la cipta satu resipi signature (kononnye). Yang penting kene tambah gula untuk emphasize lagi rasa manis pisang tu, and the most important ingredient is the salt. tambah sesudu ikut citarasa. Before fry, taste dulu rasa adunan tepung+pisang tu. Belum masak lagi dah sodop!

Bagi sesape yang memang tak tau nak buat check-or-dock ni, check it out:


The salt that made the check-or-dock a salty goodness snack, best served with hot drink, during breakfast or in the evening!!

Happy trying!! Sharing is caring!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...