Wednesday, January 16, 2013

Woodward's Gripe Water - Mujarab untuk Kembung Perut Bayi


Masalah yang common di kalangan bayi baru lahir hingga 6 bulan, kembung perut. Cik Abby trust this Woodward's Gripe Water instead of Minyak YuYee Cap Limau. Minyak YuYee tu tak penah saya guna sebab bau die pada saya kurang best. Jangan takut, gripe water ni HALAL dan tanpa alkohol.

Both of my daughters minum gripe water ni bila kembung perut, dan sangat mujarab. Dalam masa 5-10 minit selepas minum, perut bayi akan rasa lebih lega dan tak rengsa lagi. Lepas minum dukung die ke bahu, tepuk belakang badan pelan-pelan bagi die sendawa. Rasa die manis, tak macam rasa ubat langsung. I like!

Saya tak bagi tiap-tiap hari, bile baby kembung jek baru bagi. Minum die bukanlah banyak mana pun, sukatan dia:


1 - 6 bulan : satu sudu teh (5ml)
6 bulan - 2 tahun : 2 sudu ted (10ml)
2 tahun ke atas : 2 - 3 sudu teh (10 - 15ml)

Boleh diberi semasa atau selepas makan sehingga 4 kali dalam masa 24 jam. Jika masih sakit dapatkan nasihat doktor. Haa ni ikut apa yg Encik Woodward tu tulis kat belakang kotak gripe water ni. 

Nuha dah minum setengah botol dalam masa 4 bulan. Cuba bayangkan bape kali die dah kembung, menangis tak tentu hala? Hohoho..

Satu lagi ubat yang cik abby guna physically untuk redakan kembung pada baby ialah dengan mengurut perut dan telapak kaki baby dengan Minyak Telon. Ini pun berkesan jugak, mungkin sebab guna sama-sama dengan gripe water ni kot. 


Minyak Telon Bebiku & WoodWard's Gripe Water. Nampak tak cop HALAL di situ? (Kotak dah hancur pun nak simpan lagi. Hehe..)

Baby bile kembung perut die akan jadi keras sikit dari biasa, dan bila kite jentik perut (jentik slow jek, jangan kuat-kuat), akan kedengaran bunyi macam keras-keras gitu, rasa macam lompong. 

Mama saya selalu pesan, kalau menyusukan baby tu, jangan makan makanan yang sejuk-sejuk seperti buah tembikai, duku, langsat, minum air sejuk, aiskrim terutama baru lepas bersalin. No no no! Saya penah makan aiskrim sesudu time dalam pantang, dalam sejam pastu susukan Nuha terus die kembung. Begitu jugak dengan makan buah langsat. Bile makan yang pedas-pedas pun baby meragam jugak. Hati-hati. 

Gripe water ni boleh didapati di kebanyakan farmasi, harga pun bukanlah mahal, less than RM10.

Selamat mencuba legakan perut bayi anda!



3 comments:

  1. Salam nk tnye bg grip perut baby yg ketuk2 bunyi kosong tu automatically akn trus ok ke pas minum grip water nie?

    ReplyDelete
  2. kalau bby baru 26day bole minum x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn nak tau.. Anak kembung teruk.. Skrg 33hari

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...