Sunday, December 9, 2012

Ibrahim Ent. Family Day 24 November 2012 at Mutiara Motor Resort, Kg. Sedili Kechil


Buat pertama kalinya Ibrahim Ent. mengadakan Family Day, bertempat di Mutiara Motor Resort di Kampung Sedili Kechil, Kota Tinggi pada 24 November 2012 bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.

Ibrahim Ent. ni bukannye nama syarikat pun, tapi satu committee keluarga kitorang yang terdiri dari pakcik makcik, sepupu sepapat dari kecik sampai ke beso. Dana dikutip sebanyak RM20/famili setiap bulan tapi hanya sepupu sepapat je yang bayar. Ahli veteran, aunty uncle tak payah bayar sebagai tanda penghargaan. Dari dana inilah, kami berjaya buat hari keluarga ni. Oleh sebab Ibrahim Ent. baru ditubuhkan bermula bulan Mei 2012, hanya ini yang kami mampu buat masa ni. Nama Ibrahim diambil sempena nama arwah grandpa kami. Tujuan committe ni ditubuhkan of course la untuk mengeratkan silaturahim. Takut nanti anak-anak kite dah beso, tapi tak kenal sedara pulak. Hehe.

Pagi Sabtu yang hening dan sejuk (7 am), semua berkumpul di Petronas bersebelahan Today's Ulu Tiram. Kitorang konvoi sebanyak 12 kereta. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam tak rasa lama pun, sebab best tengok kawasan kampung. 


Sekitar kawasan resort



Masing-masing perut dah keroncong, so kitorang pun sarapan la dulu. Ada nasi lemak, sandwich, nuget, kuih muih, dan banyak lagi. Pot Luck. Sesudah makan, majlis dirasmikan dengan doa oleh Pak Uteh (my uncle). 

Program dimulakan dengan acara kanak-kanak bawah  6 tahun. Macam-macam games disediakan oleh pihak committee seperti, bola pingpong dalam sudu, siapa paling banyak gula-gula dan hoola hoop. Ada lagi game, tapi lupa apa nama game die. Budak lain sume dapat gula-gula sampai 20+, tapi Balqis cume dapat 3 je. Punah harapan. Fariz pulak menang game tarik bola pingpong guna hoola hoop, tapi die fed-up halfway sebab bola pingpong asik terlepas jek. Hahaha. Untuk game bola pingpong dalam sudu pulak, habis rosak batang sudu plastik Balqis gigit. Kelako la tengok budak-budak ni main.


Sape paling banyak gula-gula?
Hoola Hoop
Bola pingpong dalam sudu
Program juga diselang-selikan dengan acara kanak-kanak atas 6 tahun seperti lari dalam guni, tiup belon hingga pecah, musical chair (Ain menang) dan boling kelapa (Erfan kalah walau banyak kali try). Acara untuk orang dewasa pun ada jugak seperti baling telur siapa paling jauh (peh, panjang tu nama game ni - Kak Id & Abang Zam menang), Keretapi Dadu (Kumpulan Abang Zam menang), boling kelapa, musical chair (Kak Nani menang, berebut kerusi ngan Abby). Ada lagi kot, tapi dah lupe dah game apa lagi. Tanya tuan pengerusi. Hehe.


Siapa paling jauh baling telur tu?
Ada yang pergi mandi laut. Tapi sekejap jek sebab ada jellyfish berlegar-legar. Quyah, Luth ngan Najrul menjadi mangsa keadaan. Kesian. Lepas main, snack time, minum kopi, rehat-rehat, solat zuhur. Pastu makan tengahari yang ditaja oleh Abang Ijam. Asam pedas ada, ikan cencaru ada, sayur goreng ada, kenyang!


Opps, apa tu?
Lunch time and santai
Nuha good girl. Tak buat perangai. Speaker bunyi kuat pun bleh selamba tido lagi.
Tengah santai-santai, lepak-lepak, kitorang dihiburkan oleh penyanyi jemputan. Poco-poco pun ada. Abang Nai nyanyi cam bersajak. Baik berbual jek kat mic tu. Hahaha..
Karaoke session. Antara artis yang membuat persembahan.
Dah puas lepak, dah tiba time untuk penyampaian hadiah. Juara setiap kategori ditentukan oleh kekerapan individu tersebut menang dalam setiap acara yang dipertadingkan. Ewah. Juri die Tuan pengerusi committe family day 2012 Abang Boy ngan Naibnye Kak Bed. Chop! Sory sebab takde gambo untuk kategori atas 6 tahun.


Kategori kanak-kanak bawah 6 tahun. Luth bolot semua. Balqis muka redha jek.
Kategori Dewasa. Suka betul orang tu walau dapat no.3. (Aura Abang Ijal diserap oleh persekitaran)
Saguhati (Thanks to Abang Ijam sponsor hadiah budak-budak)
Saguhati
Saguhati untuk pokcik mokcik
Budak bertuah. Dapat Ensiklopedia Muslim tajaan Abang Ijam. Cabutan bertuah dicabut oleh Maktok & Tokjah
Lepas sesi penyampaian hadiah, kitorang amik gambo beramai-ramai. Abang Nai and Edy not in the picture sebab pas dapat hadiah terus cabut. Pastu ada yang terus balik, ada yang stay, chit-chatting. Walaupun tak semua yang datang, tapi tetap happening. 50 ahli keluarga yang join Family Day 2012 ni, and hoping for more participation for next year's. The more the merrier.

Terima kasih pada Abang Boy, Kak Bed, committee yang anjurkan 1st Family Day ni, bertungkus lumus pikir acara apa, makan apa, hadiah apa. Haaa, cakap pasal hadiah, Abby ingat nak bat medal from salt dough but then lepas buat, tak jadik la pulak. Takpe, tahun depan abby sponsor hadiah sikit ekk, ganti balik medal yang tak menjadi tu. Hehe.

Sekian untuk tatapan ahli Ibrahim Ent.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...