Sunday, December 9, 2012

Ibrahim Ent. Family Day 24 November 2012 at Mutiara Motor Resort, Kg. Sedili Kechil


Buat pertama kalinya Ibrahim Ent. mengadakan Family Day, bertempat di Mutiara Motor Resort di Kampung Sedili Kechil, Kota Tinggi pada 24 November 2012 bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.

Ibrahim Ent. ni bukannye nama syarikat pun, tapi satu committee keluarga kitorang yang terdiri dari pakcik makcik, sepupu sepapat dari kecik sampai ke beso. Dana dikutip sebanyak RM20/famili setiap bulan tapi hanya sepupu sepapat je yang bayar. Ahli veteran, aunty uncle tak payah bayar sebagai tanda penghargaan. Dari dana inilah, kami berjaya buat hari keluarga ni. Oleh sebab Ibrahim Ent. baru ditubuhkan bermula bulan Mei 2012, hanya ini yang kami mampu buat masa ni. Nama Ibrahim diambil sempena nama arwah grandpa kami. Tujuan committe ni ditubuhkan of course la untuk mengeratkan silaturahim. Takut nanti anak-anak kite dah beso, tapi tak kenal sedara pulak. Hehe.

Pagi Sabtu yang hening dan sejuk (7 am), semua berkumpul di Petronas bersebelahan Today's Ulu Tiram. Kitorang konvoi sebanyak 12 kereta. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam tak rasa lama pun, sebab best tengok kawasan kampung. 


Sekitar kawasan resort



Masing-masing perut dah keroncong, so kitorang pun sarapan la dulu. Ada nasi lemak, sandwich, nuget, kuih muih, dan banyak lagi. Pot Luck. Sesudah makan, majlis dirasmikan dengan doa oleh Pak Uteh (my uncle). 

Program dimulakan dengan acara kanak-kanak bawah  6 tahun. Macam-macam games disediakan oleh pihak committee seperti, bola pingpong dalam sudu, siapa paling banyak gula-gula dan hoola hoop. Ada lagi game, tapi lupa apa nama game die. Budak lain sume dapat gula-gula sampai 20+, tapi Balqis cume dapat 3 je. Punah harapan. Fariz pulak menang game tarik bola pingpong guna hoola hoop, tapi die fed-up halfway sebab bola pingpong asik terlepas jek. Hahaha. Untuk game bola pingpong dalam sudu pulak, habis rosak batang sudu plastik Balqis gigit. Kelako la tengok budak-budak ni main.


Sape paling banyak gula-gula?
Hoola Hoop
Bola pingpong dalam sudu
Program juga diselang-selikan dengan acara kanak-kanak atas 6 tahun seperti lari dalam guni, tiup belon hingga pecah, musical chair (Ain menang) dan boling kelapa (Erfan kalah walau banyak kali try). Acara untuk orang dewasa pun ada jugak seperti baling telur siapa paling jauh (peh, panjang tu nama game ni - Kak Id & Abang Zam menang), Keretapi Dadu (Kumpulan Abang Zam menang), boling kelapa, musical chair (Kak Nani menang, berebut kerusi ngan Abby). Ada lagi kot, tapi dah lupe dah game apa lagi. Tanya tuan pengerusi. Hehe.


Siapa paling jauh baling telur tu?
Ada yang pergi mandi laut. Tapi sekejap jek sebab ada jellyfish berlegar-legar. Quyah, Luth ngan Najrul menjadi mangsa keadaan. Kesian. Lepas main, snack time, minum kopi, rehat-rehat, solat zuhur. Pastu makan tengahari yang ditaja oleh Abang Ijam. Asam pedas ada, ikan cencaru ada, sayur goreng ada, kenyang!


Opps, apa tu?
Lunch time and santai
Nuha good girl. Tak buat perangai. Speaker bunyi kuat pun bleh selamba tido lagi.
Tengah santai-santai, lepak-lepak, kitorang dihiburkan oleh penyanyi jemputan. Poco-poco pun ada. Abang Nai nyanyi cam bersajak. Baik berbual jek kat mic tu. Hahaha..
Karaoke session. Antara artis yang membuat persembahan.
Dah puas lepak, dah tiba time untuk penyampaian hadiah. Juara setiap kategori ditentukan oleh kekerapan individu tersebut menang dalam setiap acara yang dipertadingkan. Ewah. Juri die Tuan pengerusi committe family day 2012 Abang Boy ngan Naibnye Kak Bed. Chop! Sory sebab takde gambo untuk kategori atas 6 tahun.


Kategori kanak-kanak bawah 6 tahun. Luth bolot semua. Balqis muka redha jek.
Kategori Dewasa. Suka betul orang tu walau dapat no.3. (Aura Abang Ijal diserap oleh persekitaran)
Saguhati (Thanks to Abang Ijam sponsor hadiah budak-budak)
Saguhati
Saguhati untuk pokcik mokcik
Budak bertuah. Dapat Ensiklopedia Muslim tajaan Abang Ijam. Cabutan bertuah dicabut oleh Maktok & Tokjah
Lepas sesi penyampaian hadiah, kitorang amik gambo beramai-ramai. Abang Nai and Edy not in the picture sebab pas dapat hadiah terus cabut. Pastu ada yang terus balik, ada yang stay, chit-chatting. Walaupun tak semua yang datang, tapi tetap happening. 50 ahli keluarga yang join Family Day 2012 ni, and hoping for more participation for next year's. The more the merrier.

Terima kasih pada Abang Boy, Kak Bed, committee yang anjurkan 1st Family Day ni, bertungkus lumus pikir acara apa, makan apa, hadiah apa. Haaa, cakap pasal hadiah, Abby ingat nak bat medal from salt dough but then lepas buat, tak jadik la pulak. Takpe, tahun depan abby sponsor hadiah sikit ekk, ganti balik medal yang tak menjadi tu. Hehe.

Sekian untuk tatapan ahli Ibrahim Ent.

Monday, October 22, 2012

AMAYA Premium Shawl from TudungPeople

Pagi yang gloomy sambil menjahit, tetibe ada orang ketuk pintu! Dalam hati yeay! Shawl dah sampai! Sangkaan ku benar belaka. AMAYA Premium Shawls from TudungPeople have arrived!

Tanggal 16 Oktober hari tu, hari jadi cik abby. So, cik suami ada bertanya, nak hadiah apa? Jawapan cliche, "Cukuplah sekadar kasih sayang awak.." hahaha sambil mata tengah window shopping online. Sekali terclick kat TudungPeople facebook page dan shawl-shawl yang dijual memang menawan hati. At last, tak dapat menahan nafsu lantas minta izin cik suami untuk belikan shawl as my birthday present.

Banyak koleksi tudung dan shawl best-best sebab warna yang vivid, material berkualiti, siap ada hijab tutorial lagi.. Ada jugak yang dah sold out (yang kite suka pulak tu yang habis *sabo jek la*). Cik abby pilih 1 shawl dari koleksi Numa (RM25/pc) dan 3 dari koleksi Amaya (RM45/pc), tapi apakan daya, cuma 2 Amaya je yang available, yang lagi 2 tu sold out. Warna yang cik abby pilih:


*Pictures are from TudungPeople
DESCRIPTION:
AMAYA PREMIUM is made from fine British Cotton Silk. This shawl is very comfortable and easy to wear. 

MEASUREMENT
Estimately 0.5M x 2.0M

WASHING INSTRUCTION
Best dry clean but this shawl can handwashed quickly using mild soap at a room temperature.


Dapat packaging, terus bukak (tak sesabo), tu yang masih kedut-kedut lagi tu:



Warna ni original, takde edit-edit, hanya natural lighting.

Pasni ni buleh la mengeksperimenkan diri ala-ala hijabista.

Sesiapa yang suka pakai shawl, try la tengok-tengok kat facebook page TudungPeople ni. Kelasss..


Wednesday, October 17, 2012

Happy Bornday to me!



The date finally arrives! 16th October 2012. I am 27 years old now and still feels younger than ever!

I have a caring husband, two adorable daughters, an understanding family of both mine and in-law - I couldn't asked for more! This is the life that I always dreamed about and I am truly grateful to our Creator for giving me such happiness. 

Alhamdulillah.

And for those who had wished me on my very special day, thanks a million. 

I've had a wonderful time, indeed! 

40 days of post-natal

Wednesday, October 10, 2012

Welcoming Baby Nuha!


Name: Nuha Binti Nor Amaruddin
D. O. B.: 7 September 2012 (20 Syawal)
P. O. B.: Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Time: 12:09 midnight
Weight: 3.08 kg
Length: 49 cm


With babah on her first day
One month old

I was surprised that she photocopied her sister's looks when Balqis was a baby. See it to believe it (Note that they wore the same shirt *recycle mode*):

Balqis vs. Nuha
Alhamdulillah.



Tuesday, August 28, 2012

Ribbons on my Shoes!

Kosong.. kosong.. oh oh!! (Bak kata Najwa Latif).


Beli kasut satin hijau ni kat JPO, kosong sangat la pulak. So tangan ni mulalah menggatal nak deko deko.. 

Buat malam raya hari tu, tetibe jek sekelip mata dah ada kasut raya baru. Huhu.. It only took me half an hour to make this pair of ribbon - free handed cutting, a little bit of glue here and there, no sew design and as a result:


Black felt ribbon that matches the lining, plus a short lace and a big green bead for each shoe.

Selamat hari raya!!

Thursday, August 16, 2012

Set Tilam for Adik Balqis

Lagi 3 minggu lagi nak bersalin, semangat diri ini menjahit set tilam baby. Mata ni terpesona la pulak dengan satu fabrik Ikea ni, sesuai sangat untuk baby. So I grabbed one bundle (about 3 meters long, RM29) and finally I managed to finish sewing 1 mattress cover, 2 bolster cases, 3 baby pillow covers and 1 drawstring bag. Memang cukup-cukup kain tu.



Sayang pulak nak buang kain lebih, ada excess sikit, cik abby buat U-neck support pillow untuk Cikbal. Almaklumlah, raya nanti nak jalan jauh, dalam kete die buleh pakai tido. Huhu..


Anyway, selamat hari raya Aidilfitri untuk semua! 


Tuesday, July 10, 2012

Balqis and her Goggle

Entah kemaruk apa, tiba-tiba suka sangat nak pakai goggle. 


Masuk Parkson Subang Parade nak cari baju baru untuk babah balqis, tapi setibanya di department swimwear, die sibuk nakkan goggle Ogival. Mula-mula tak nak belikan, tapi untuk mengelakkan die merengek sepanjang masa, terpaksa la jugak keluar RM25.90 (harga goggle tu la, nasib baik ada diskaun 10%).


Tak sesabo suruh babah die bukak
Yang paling tak tahan, siap nak pakai lagi goggle tu. Ikutkan jek la.. Orang lain tengok aje si kecik ni, nasib baik comel (dah anak sendiri, comel la).





Pastu main kat playground McDonalds pun still tanak bukak goggle. Nah, ni buktinya, sila klik play ye:






Macam-macam karenah si kecik ni. You make me happy..



Thursday, June 28, 2012

Jalan-jalan Singapore Zoo on 29/5/12

Inilah kali pertama sejak 26 tahun hidup termasuk 23 tahun dok JB, first time masuk Temasek. Maybe sebab duit die lagi mahal kot, lagipun takde passport. Baru sekarang merasa. Thanks to my husband yang sudi bawak cik abby & cikbal jalan-jalan oversea (Oversea la sangat, berenang pun buleh sampai).

Dah alang-alang balik JB a.k.a kampung halaman, so pergi la sekali Singapore Zoo dengan niat membawa cikbal mengenali haiwan-haiwan dan sebagai hadiah pra-birthday dia yang ke-2 tahun. Kami pergi berempat termasuk kakak cik abby. We went on weekdays, early in the morning, pukul 7.20 dah sampai kat imigresen Malaysia. Tapi time nak masuk Singapore agak memakan masa sebab kereta dan motosikal yang banyak (ramai rupanya rakyat Malaysia yang kojo kat sana), dan kene isi 'kertas putih' on the spot. Pastu kene beli pulak auto-pass, fungsinya lebih kurang macam Touch 'n Go, cuma satu auto-pass hanya didaftarkan untuk satu vehicle sahaja. Tak boleh la nak pakai auto-pass kete ni untuk kete tu. 

We headed to Mandai (where the zoo is), which is only 5 minutes driving from Singapore immigration, memang dekat sangat, tengok signboard jek. Belum sempat GPS nak search satellite pun dah sampai. 

The ticket

Kami beli tiket Zoo-per Saver bernilai S$27.00 (Adult), sekali dengan naik bot dan tram. Pakej ni jimat S$4.00, 4 dolar pun kalu tuko RM dah jadik RM10 jugak.. If anyone nak pergi Bird Park atau Night Safari, ada jugak harga pakej yang ditawarkan. Check-it out here.

Suasana zoo memang best, pokok-pokok rimbun dan redup. Walaupun redup, tapi jangan lupe kene bawak kipas tangan sebab takde angin, panas sket. Kawasan yang luas, pelbagai binatang yang dipamerkan, dan berbagai aksi haiwan dalam animal shows menjadi tarikan utama pelancong ke sini, terutama parents yang bawak anak-anak dan rombongan sekolah. Anak-anak pun boleh mandi-manda kat Rainforest Kidzworld, kene la bawak pakaian yang sesuai dan baju spare. 

Kami sewa ler satu wagon yang konon-kononnye nak suruh cikbal dok dalam tu, so tarik jek die tak payah peluh-peluh ketiak dukung. Tapi malangnye die tanak langsung dok dalam tu. Dah ler sewa S$15. At last letak beg jek dalam tu.

The wagon can carry 2 child at once.
Rainforest alike. Redup giler.
Treetops Trail
Antara haiwan yang ada, banyak sangat tak larat nak capture banyak-banyak.
Orang utan
Babi rusa. Agak-agak kalau terpegang natang ni, kene samak tak?
Can you spot a white tiger?
Penat berjalan, kami naik tram. Tram ni setiap 5 minit die lalu, tapi kene la tunggu kat stesyen yang disediakan, kalau korang tengah jalan pastu tahan tram cam tahan teksi, jangan harap die nak benti. Naik bot die pun best jugak, santai jek merentasi Seletar Reservoir.

Boat ride
Kami sempat tengok Splash Safari show, anjing laut punye show. Best sangat. Pastu ingat nak tengok Elephant show pulak, sekali cikbal membuang air beso plak.. Padahal dah duduk dah kat tempat show, show pun dah nak start. Sabo jek la. 

Salam ngan tiger
Time kitorang datang, pygmy hippo ni tengah wat projek mengembangkan zuriat. Dah macam National Geographic plak.
Pygmy Hippo
Melayan karenah cikbal
Macam-macam ragam cikbal.
Agak-agak dah lapo, bolehlah singgah kat restoran dalam zoo ni. Harga die mahal la sikit. Nasib baik rumah mak kat JB dekat ngan Singapore, so kitorang balik makan kat umah jek. Jimat. Hahaha..

Nak ole-ole, ada jek kedai souvenir kat sini. Untuk cikbal belikan die T-shirt selai, cik abang beli mug 'glow in the dark' dan cik abby beli gambo kenang-kenangan time kat Splash Safari. 

Banyak lagi tempat haiwan yang cik abby tak mention, sebab banyak sangat. Memang berbaloi. Sekian, terima kasih.

More info, klik sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...