Cik abby memang suka cucuk tanam, tapi apakan daya, rumah apartment so tanam dalam pasu jek la. Walaupun balcony cuma selebar 2 kaki, tetap ku gagahkan jua tanam apa yang patut. Nampak la hijau sikit kan, sejuk mata memandang..
Yang paling penting, kene tanam herbs seperti berikut:
Pokok lada - biji benih die ambil dari biji lada kering. |
Daun limau purut - ni beli kat pasar tani Temerloh. Jauh tu.. Penting untuk masak tomyam |
Mint leaf a.k.a Daun pudina - Beli kat Cameron Highlands satu pasu, pastu semai kat pasu lain, sekarang dah ada 3 pasu. Buat ginger ale letak daun pudina sket, memang sedap!! |
Daun pandan - my mama bagi, import dari Joho. Senang sikit nak buat nasi lemak.. |
Daun parsley - Pun beli kat Cameron Highlands. Garnishing for pasta. |
Pokok kari - Takde daun kari, tak jadik la lauk kari.. |
Cactus comel |
Pokok sireh - Bila die dah start menjalar nanti mesti cun |
Pokok apa ntah, tapi yang hujung tu bonzai ok! |
Pokok ni suami cik abby yang pilih time kat Cameron Highlands. Daun die bergulung, bunga macam loceng. Cantik. |
Baru lah nampak tradisional sikit ada tempurung kelapa kat balcony. Huhu.. Semua pokok-pokok ni diberi makan baja tahi ayam, dan dimandikan 3 kali seminggu.
Sebenonye, takde alasan utuk tidak bercucuk tanam walaupun dok kat rumah pangsa ke, kondo ke, apartment ke, apatah lagi rumah landed.
Selamat berkebun!
No comments:
Post a Comment