Siput sedut a.k.a balitong. Nak makan die kene pandai sedut. Yang penting time kene potong hujung cangkerang die lebih sikit, jika tidak memang sampai besok pagi la siput die tak keluar. Kalu nak senang beli je siput yang dah siap bersih. Kalau beli yang ada lumpur tu, petua orang tua-tua kata kene basuh siput dengan kelapa parut supaya dapat menghapuskan bau lumpur tersebut.
Tempoh penyediaan:
25 minit sediakan bahan + tetak hujung cangkerang dan 8 minit untuk memasak.
Bahan-bahan (serve for 2 pax):
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji lada merah
3 biji lada padi (nak pedas sila la tambah lagi)
2 batang serai
1 cm halia
Kicap manis
500gm siput sedut
Cara memasak:
- Semua bahan-bahan di atas dihiris halus, dan bersihkan serta potong hujung siput.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dihiris sampai naik bau.
- Masukkan kicap seberapa banyak yang anda suka dan campur dengan sedikit air (just enough untuk mencairkan kicap). Tumis seketika sehingga kicap mendidih.
- Masukkan siput sedut dan gaul rata. Tutup kuali lebih kurang 3 minit supaya siput cepat masak.
- Angkat penutup dan tabur sedikit black pepper. Gaul lagi sampai puas hati. Dah siap dan boleh start sedut.
Sedap dan layan time sedut tu. Buat ratah lagi best. :-)
Sharing is caring.
No comments:
Post a Comment